Bab 5

Family Series 1822

"Ibu pun ada terfikir juga.Basikal tu Tauke Ah Seng dah lama nak jual.Basikal anaknya dulu.Dia nak jual dengan harga seratus ringgit aje.Ibu dah ada tujuh puluh ringgit.Kalau Mak Ngah bayar esok lebih kurang dalam empat puluh ringgit.aPetang esok lepas sekolah,Arissa temankan ibu ke kedai Tauke Ah Seng tu ya."

Aku mengangguk.Rasa gembira juga di hatiku kerana selepas initidak perlulah ibu menjinjing dua bakul nasi lemak ke kedai Pak Aji.Kalau nak diikutkan jauh jugalah ibuku terpaksa berjalan kaki setiap hari menghantar nasi lemak.

Malam itu aku berjaga menolong ibuku memasak sambal nasi lemak.Biasanya dia hanya mengulang kaji pelajaran waktu malam tetapi kerana sambal yang dimasak banyak terpaksalah aku membantu kerana tidak sampai hati melihat ibuku sendirian didapur.

Hampir jam sebelas malam,barulah siap semua kerja.Cuma tinggal nasi lemak sahajalah yang perlu dimasak esok.Sarah bangun jam empat pagi untuk menyediakan semuanya.

Jam tujuh pagi,Mak Ngah sudah tiba di rumah mereka.Aku sedang memakai kasut sekolah.Nasi lemak satu tong penuh dengan bekas berisi sambal ikan bilis,timun dan telur rebus sudah siap menunggu untuk diambil.Mak Ngah memberhentikan keretanya betul - betul depan tangga rumahku.

"Ha,dah siap nasi lemak Mak Ngah?" tanya Mak Ngah ketika melihat aku bangun memcapai beg sekolahku.Ita yang duduk bersandar di dalam kereta hanya memandang kosong.

"Dah siap kak," jawab Sarah yang tiba - tiba terjengul di pintu."Semuanya dah siap macam yang akak pesan tu."

"Hmm...masukkanlah dalam bonet kereta aku tu.Cepat sikit.Aku nak hantar ke sekolah ni,ujuar Mak Ngah.Dia hanya berdiri di tepi tangga memerhati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience