Bab 1

Family Series 1822

Arissa termenung di jendela.Hatiku terhibur melihat telatah anak - anak kecil yang bermain di halaman rumahku.Riuh - rendah suara mereka memecah kesunyian petang itu.Angin sepoi - sepoi bahasa bertiup nyaman.Aku melemparkan pandanganku ke pangkin di bawah pokok jambu di tepi rumahku.Ibuku,Sofea sibuk mengopek kelapa untuk jualan nasi lemak kami esok.Aku mengeluh perlahan.Peperiksaan SPM yang akan menentukan nasib dan masa depanku akan ditempuhiku tahun ini.Dengan nasib dan keadaan keluargaku sekarang aku tidak tahu ke mana arah tujuanku nanti.Andai berjaya sekalipun aku tidak akanaw mampu menyambung pelajaranku di peringkat tinggi.Keluargaku bukan orang senang.Walaupun aku anak tunggal,ibuku tetap tidak akan mampu membiayai pendidikanku di peringkat tinggi kerana tidak bekerja.Dilahirkan tanpa melihat wajah ayah adalah sesuatu yang memeritkan bagi diriku.Tidak ada insan yang akan faham perasaanku kecuali orang yang pernah melaluinya.Punca pendapatan ibu hanyalah dengan menjual nasi lemak.Hasil jualan itulah yang digunakan untuk makan minum kami dua beranak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience