Bab 2

Family Series 1822

Hendak dikatakan tidak mempunyai saudara - mara,kami masih mempunyai saudara - mara di kampung itu.Walaupun datuk dan nenek sudah lama meninggal,aku masih mempunyai dua ibu saudara.Mak Long dan Mak Ngahku adalah orang senang di kampung itu namun sudah adatmanusia,apabila senang adik - beradik sendiri pun dilupakan.Tambahan pula mereka memang tidak bersetuju ibuku berkahwin dengan bapaku suatu masa dahulu.Ibuku telah menceritakan bagaimana perkahwinannya dengan bapaku tidak mendapat restu keluarga.Mereka disisihkan sebaik sahaja mereka berkahwin dan selepas bapaku hilang entah kemana tanpa berita dan aku dilahirkan,kami masih disisihkan sehingga sekarang.Aku sendiri tidak pasti mengapa Mak Long dan Mak Ngah tidak sukakan bapaku.Apa yang aku tahu hanyalah ayahku seorang lelaki berbangsa kacukan Inggeris, dan Melayu.Menurut ibuku ayahku seorang kacak (handsome).Walaupun berbangsa campuran Melayu dan Inggeris,wajahnya lebih mirip wajah orang Inggeris.Kulitnya putih merah dan berhidung mancung serta berupa paras lelaki Inggeris.Aku sendiri begitu cantik dan lebih persis wajah ayahku.Kulitku putih merah,hidungku yang mancung malah rambutku yang perang coklat.Ramai rakan - rakan di sekolah menyangkaku mewarnakan rambut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience