#4 Sketsa Raya (Ringkas)

Other Completed 2336

#4
Sketsa Raya (Ringkas)

(Untuk kesan khas yang lebih mendalam, sila buat pembacaan sambil menguyah ketupat cecah rendang)

Selesai bacaan khutbah, takbir raya pun dilaungkan oleh seluruh umat Islam yang berada di dalam masjid tatkala itu beberapa kali lagi. Kemudian, para makmum mula bersalam sambil membentuk sebuah bulatan. Selawat masih dibacakan dengan nada suara yang sederhana. Begitu juga Haji Munir, imam untuk sembahyang raya Aidiladha pada hari ini.

Sampai sahaja seorang makmum ini di hadapan Haji Munir, segera Haji Munir menarik tangannya lantas memeluk dengan lebih erat. Seolahnya rindu yang teramat sangat kepada makmum tersebut. Seakannya bakal terjadi lagi sebuah perpisahan yang agak lama. Pelukan makin erat.

“Jumpa lagi tahun depan ya Harun,” ujar Haji Munir kepada makmum yang masih dipeluk erat.

Harun mengangguk-angguk kepala sambil tersenyum kelat. Hatinya berasa amat bersalah dan tak best. Keras juga nasihat yang diberikan oleh Haji Munir di pagi raya ni. Terbit sedikit rasa insaf yang diharapnya berkekalan sehingga ke raya tahun depan, itupun kalau dia masih lagi bernyawa.

Dua orang yang bersahabat baik di antara satu sama lain memerhati kejadian itu dari jauh.

“Kawan lama Tok Imam ke tu? Lain macam dia punya peluk. Macam lama sangat diorang tak berjumpa,”

“Eh tak la. Jiran sebelah rumah Tok Imam tu je. Setahun sekali baru dapat Tok Imam tu berjumpa dengan si Harun tu dekat masjid.”

“Ooo...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience