#3 Hikayat Si Pemalas (Bahagian Akhir)

Other Completed 2336

#3
Hikayat Si Pemalas (Bahagian Akhir)

“Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Patik ini tuanku tahap malasnya, jika patik berasa lapar, tidak akan patik bangun untuk mencari makanan. Kalau sehingga 6 hari, maka 6 harilah patik tidak akan bangun dari pembaringan untuk makan kerana terlalu malas. Ampun tuanku,” ujar pemuda B.

Sempat juga dia curi jeling kepada pemuda A. Sengaja. Mencarut lagi pemuda A di dalam hatinya.

Raja Abstrussa berasa amat kagum dengan tahap pemalasnya pemuda B. Nyaris sahaja ditabiknya pemuda B secara spontan sebentar tadi namun tangannya di tahan bendahara.

“Tabik ini perangai orang yahudi tuanku,” ujar bendahara suatu ketika dahulu tatkala Raja Abstrussa mahu membalas tabik hormat daripada askar wataniah yang datang melawat negara Laboriosi.

Raja Abstrussa puas hati. Baginya, itu sudah habis malas manusia yang ada di dalam negaranya. Raja Abstrussa pun berdiri dan mula hendak mengumumkan pemenang kepada pertandingan manusia paling pemalas negara Laboriosi. Saat Raja Abstrussa berdiri, dia ternampak akan seorang lagi pemuda yang masih lagi tidak mempersembahkan tahap kemalasannya kepada beliau. Raja berasa pelik dengan tikah pemuda C yang hanya duduk memerhati dua orang pemuda di hadapannya bercerita. Terdetik di hati Raja Abstrussa hendak bertanyakan tahap malasnya pemuda c ini sebelum dia mengumumkan pemenangnya.

“Wahai pemuda C. Kamu pula bagaimana? Bagaimana malasnya kamu?” tanya Raja Abstrussa.

Pemuda C mengeluh.

Lama juga. Kemudian, pemuda C menarik nafas.

“Ish, saya nak ceritakan pun malas tuanku,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience