#6 Hadiahkan Dia Satu Cermin

Other Completed 2336

#6
Hadiahkan Dia Satu Cermin

“Ya Allah, mengapakah kau memberikan aku begitu banyak ujian serta musibah? Kau kuatkanlah diri aku ini ya Allah dalam menghadapi dugaan serta ujian ini. Janganlah kau timpakan aku dengan bala tanpa sebab yang kukuh ya Allah. Cukup-cukuplah! Cukup-cukuplah!” jerit Izam sambil menghadap ke pantai. Suasana pantai di waktu malam memang tenang berserta angin meniup sejuk.

Walaupun keadaan disekelilingnya tenang, namun hatinya kusut. Kusut yang terlalu. Dan. dalam masa kusut itu, dia masih lagi berfikir sendiri. Mengapa dia? Apakah sebabnya dia ditimpakan sebegini banyak ujian? Ramai lagi manusia yang ada di luar sana, tapi mengapa dirinya yang cukup “bertuah” menjadi peserta dalam pertandingan menghadapi ujian Tuhan ini?

Mula dirasakan bahaya Tuhan tidak adil. Tidak adil dalam memilih manusia yang sesuai untuk ditimpakan ujian. Semua benda di dunia ini mula dirasakan tidak adil secara tiba-tiba. Amarah naik di kepala. Terasa macam mahu diterajang semua benda yang bergerak di depan matanya sekarang. Izam sudah hampir mental. Ujian stress yang satu ni pun dipersoalkan Izam, kenapa dia? Kenapa?!!!

“Bertenang, aku kena bertenang,” Izam menarik nafas, kemudian hembus dalam percubaan hendak bertenang.

Berjaya.

Bir di tangan kanan Izam teguk hingga habis. Dikemikkan tin dan dicampakkan ke bawah. Membayangkan sebentar lagi akan dia ketahui akan status kekasihnya sama ada kekasihnya itu mengandung atau tidak hasil hubungan rahsia mereka membuatkan dia berasa semakin kusut. Manakan tidak, sudahlah dia suami orang.

Kekasih rahsianya itu pula ada tunang orang. Pantas, Izam menyalakan sebatang rokok.

Sedut.

Hembus.

Lega.

Perlahan, hati Izam berbisik, semoga doanya tentang cukup-cukuplah dirinya diuji itu diperkenankan Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience