#2 Hikayat Si Pemalas (Bahagian 2)

Other Completed 2336

#2
Hikayat Si Pemalas (Bahagian 2)

Harinya tiba di mana 3 orang penduduk yang dianggap pemalas oleh Raja Abstrussa ini mengadapnya. Sebenarnya, dari hari pertama lagi Raja Abstrussa tidak sabar. Setiap hari, badannya menggigil kerana ingin tahu dan seronok dalam keadaan serentak. Kerana keinginannya untuk mengetahui rakyat Laboriosi yang paling

pemalas akan diketahui hari ini, akhirnya. Sebuah persoalan yang tiba-tiba menjadi isu yang paling besar dalam fikiran Raja Abstrussa.

Tatkala pengumuman mengadap dibuat, muncullah 3 orang pemuda ini di hadapan raja dan mengadap. 3 pemuda ini sudah pun mengetahui akan mengapa mereka dibawa untuk mengadap Raja Abstrussa dan ya, memang itu strategi masingmasing untuk tidak mendaftarkan diri pada awalnya. Orang yang pemalas, nak mendaftarkan diri pun sepatutnya dia malas.

“Baiklah. Hari ini, beta henda mengetahui, siapakah dia rakyat negara beta yang paling pemalas sekali. Siapa yang paling pemalas, akan beta anugerahkan sejumlah harta yang banyak, sehinggakan dia tidak perlu rajin lagi untuk melakukan apa-apa kerja selama-lamanya,”

Ternyata, pengumuman Raja Abstrussa itu menaikkan semangat ketiga-tiga pemuda yang dikatakan pemalas itu. Malah, ianya berjaya juga meng excited kan diri mereka secara tinggi. Namun, tahap excited mereka itu tidak dipamerkan diwajah masing-masing. Sekadar berlegar di dalam hati sahaja.

“Sekarang, beta nak dengar kisah kamu. Apa yang boleh kamu ceritakan sebagai bukti bahawa kamulah pemuda paling pemalas di negara Laboriosi ini,” titah Raja Abstrussa.

Pemuda A menampilkan diri di hadapan Raja Abstrussa. Bersedia untuk menceritakan tahap pemalasnya itu.

“Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Sesungguhnya, patik ini amatlah pemalas. Tahap pemalasnya patik ini tuanku jika diberikan tugasannya hari ini, mungkin esok ataupun lusa mungkin siap. Begitulah pemalasnya patik ini tuanku. Ampun tuanku beribu-ribu ampun,” ujar pemuda A penuh tertib dan sopan satun dengan nada meyakinkan.

Segera, pemuda B bangun dari duduknya. Berjalan ke hadapan hampir sebaris dengan pemuda A yang tadinya mengadap Raja Abstrussa. Kemudian, dia pun duduk bersila seperti mana pemuda A.

“Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Maafkan patik keranaq mencelah kerana bagi patik, itu tidak cukup malas. Bukan saja tidak cukup, malah terlalu lopek untuk dikatakan pemalas tuanku,” ujar pemuda B.

“Lopek?” bisik Raja Abstrussa kepada bendahara yang ada duduk disebelahnya.

“Maksudnya, tak cukup power tuanku,”

“Ooo,” ujar Raja Abstrussa sambil terangguk-angguk kepalanya. Terdetik di hatinya mahu belajar beberapa perkataan baru dari pemuda B nanti diakhir pertandingan ini. Bertujuan tidak lain mahu menjadi lebih rapat dengan rakyat negaranya. Walaupun Raja Abstrussa ini orangnya berasa ragu-ragu, namun kasihnya kepada rakyat tidak lansung berbelah bahagi.

“Ya pemuda B. Apakah tahap malasnya yang kamu bangga-banggakan sangat itu? Boleh ceritakan kepada beta?”

Pemuda B tersenyum lantas menjeling sedikit kepada pemuda A. Mencarut-carut pemuda A di dalam hatinya melihat keletah si pemuda B.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience