#1 Hikayat Si Pemalas (Bahagian 1)

Other Completed 2336

#1
Hikayat Si Pemalas (Bahagian 1)

Nak dijadikan pada zaman dahulu, berlakunya kejadian ini di sebuah negara yang bernama Laboriosi. Di negara Laboriosi, ada sebuah kerajaan yang rakyatnya semua rajin-rajin belaka. Berikanlah tugasan jenis apa pun yang ada dalam dunia ataupun yang terdetik dalam kepala. Sudah pasti akan diselesaikan dalam masa yang singkat dan sehabis segera. Kerajinan rakyat negara Laboriosi ini menarik perhatian negara-negara lain dan menimbulkan keinginan pada negara lain itu untuk mengambil rakyat negara Laboriosi untuk bekerja dengan mereka. Begitulah hebatnya tahap kerajinan rakyat negara Laborisi.

Disebabkan tahap kerajinan yang melampau itu, timbul rasa yang membuakbuak di dalam diri raja negara yang bernama Abstrusa. Raja Abstrusa fikir, takkan mungkin semua rakyatnya rajin berlaka. Dalam kalangan mereka, sudah pasti ada yang pemalas. Atau sekurang-kurangnya, tidak rajin seperti yang lain. Akibat daripada Raja Abstrusa yang tengah tidak ada benda yang nak dibuat, makanya dia mengadakan sebuah pertandingan peringkat negara dalam mencari, siapakah dalam kalangan rakyat Laboriosi ini yang paling malas.

Bayangkan, untuk pertandingan mencari siapa yang paling malas ini pun, begitu rajin semua rakyat Laboriosi ambil peduli. Hampir seluruh rakyat mendaftarkan diri dalam membuktikan siapa yang paling rajin. Ternyata, semua calon yang mendaftar ialah antara calon yang gagal. Namun, Raja Abstrussa tidak berputus asa.

Di arahkan kepada Exco Penduduk dan Pembandaran untuk menyemak senarai nama kesemua penduduk ni negara Laboriosi. Setelah menyemak, di dapati cuma 3 orang sahaja rakyat negara Laboriosi yang tidak mendaftarkan diri. Maka, raja pun mengarahkan pengawalnya untuk membawa 3 orang penduduk ini untuk mengadap raja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience