#10 Romantis

Other Completed 2336

#10
Romantis

Aku berlari menaiki bumbung flat semata untuk bertemu dengan Aishah seperti selalu. Teruja. Hari ni, aku dapat hadiah dari Ayah sempena Hari Kanak-Kanak sedunia. Sekeping coklat Belgium.

Di atas bumbung, aku nampak Aishah.

“Aishah, tengok ni!” ujar aku sambil menayangkan coklat yang aku dapat.

“Eh, kenapa Ayah Adam bagi? Hm, Ayah Adam kan kaya. Lupa.”

“Bukanlah. Hari ni kan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Mengikut adat, kan Ayah
kena bagi anaknya sekeping coklat. Aishah tak dapat?” ujar aku serba salah.

“Tak. Mungkin Ayah Aishah lupa. Adam tunggu. Aishah nak pergi mintak.“ sambil menuruni anak tangga.

*******

Aishah kembali selepas sejam. Aku nampak Aishah baru lepas menangis.

“Kenapa Aishah? Ayah Aishah pukul Aishah lagi ke?”

Aishah geleng. Spontan disembunyi kesan lebam pada lengan. Aku nampak. Aishah batuk agak teruk. Lebih teruk berbanding tadi sebelum dia berjumpa dengan Ayahnya. Mungkin terlalu letih, Aishah mula baring ke lantai. Batuknya semakin kuat.

Aku tak tahu nak buat apa. Spontan, aku baring di sebelahnya menghadap
bintang langit. Sinarnya lain macam.

“Nak?” aku hulurkan coklat yang sudah dibuka sedikit.

“Hm” ujar Aishah sambil capai coklat dari tangan.

“Sedap.” ujar Aishah lagi. Perlahan.

Dan itulah dialog suara terakhir aku dengar sebelum Aishah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience