Rate

Bab6

Romance Series 4872

Tan sri Isma sedang duduk di meja makan menikmati sarapan sambil membaca surat khabar,Afrina yang baru menjejak kaki ke dalam rumah terkejut apabila di tegur ayahnya

"Puteri pergi mana? Pagi baru balik?"Tan sri Isma menegur anak bongsunya

"Papa ni kan, terkejut Puteri! Mana ada pergi mana-mana, Puteri duduk dekat rumah kawan Puteri malam tadi"Jawab Afrina

"Kamu pergi siap sekarang, ikut papa pergi hospital"

"Kenapa? Puteri malasla Pa!"

"Kakak ipar kamu dah bersalin,kamu tak nak tengok ke ?"

"Kak Hany dah bersalin!  Omaigod, ok Puteri pergi siap sekarang, papa tunggu tau"Afrina segera menaiki anak tangga

Tan sri Isma menggeleng kepala apabila melihat latah anaknya itu. Afrina sebenarnya baik, cuma perangainya yang terlampau gedik tu amat menjengkelkan! Kalau dia buang sifat gedik dan terlebih sosialnya pun dah dikira ok. walaupun kadang kala Afrina masih tidak menerima Hany sebagai kakak iparnya, dia masih menghormati Hany kerana dia sayangkan abangnya, Hakimi.

Afrina sememangnya rapat dengan Hakimi,Hakimi sentiasa ada melindungi dirinya tak kira tempat mahupun waktu kerana dia pernah berjanji kepada arwah ibunya untuk menjaga adiknya itu. Dari kecil di sekolah Afrina tidak mempunyai kawan dan sering dibuli kerana penampilanya dulu nerd manakala abangnya pula pelajar paling terkenal dekat sekolah kerana mahir dalam semua aspek. Apabila menginjak usia, dalam lingkungan 15 , Afrina mula bergaul namun dia telah salah bergaul tanpa disedarinya.

Dia mula menukar penampilanya,dia sudah pandai mewarna rambut, mewarna kuku, balik sampai lewat malam, melepak dengan budak-budak motor. Kalau ikutkan ini bukan salah Afrina sepenuhnya, ini mungkin disebabkan dia mula tau apa itu erti bersosial dan mula rasa yang dia akan lebih disukai bila dia sebegitu. Dalam erti kata lain dia mula untuk memberontak seperti remaja-remaja lain

Jadi kejadian masa silamya yang membuatkan dia jadi begini. Kehilangan kasih sayang seorang ibu pada usia 2 tahun dan kurang mendapat perhatian bapanya yang selalu sibuk bekerja. Hanya Hakimi sahaja yang sentiasa memberi perhatian kepadanya, namun itu masih tidak mencukupi. Dia hanya mahu perhatian dari seorang bapa! Seorang bapa yang dia boleh luangkan masa bersama! Bila dia rasa tiada siapa boleh memberi dia kasih sayang yang cukup di dalam keluarnganya sendiri, dia cuba mencari kasih sayang di luar dan dari situ dia mula berubah menjadi Puteri Afrina yang lain.

Percayalah seseorang itu boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Mungkin kau rasa perubahan dia sesuatu yang tidak baik tapi bagi dia, inilah diri yang dia mahukan selama ini. Dan ini mungkin salah kau sendiri, kerana tak pernah memberitahu dirinya yang dia sudah cukup sempurna sebegitu. Setiap orang mahukan perhatian,bila dia tidak mendapat perhatian dari orang yang rapat denganya dia akan cuba cari perhatian di luar. Dan dari situ dia akan mula berubah menjadi seorang yang lain. Saat itu kau pula hanya berkata buruk pasalnya!  Bukanya mahu menegur atau menasihatinya malah kau menghinanya sedangkan kau adalah salah satu punca dia jadi sebegitu!

Percaya atau tidak inilah realiti kehidupan!

?????

Syafa melihat jam tangannya yang menunjukkan sudah pukul 1 tepat, masih ada lagi sejam. Syafa pergi bersiar-siar di Taman Metropolitan yang selalu dikunjungi bersama arwah Aidan dahulu. Syafa duduk di salah satu bangku yang terdapat di taman itu, dia mula teringat memorinya bersama Mikail

"Apa ni, takkan baru jogging sikit dah penat"kata Syafa sambil bercekak pinggang apabila melihat Aidan termengah-mengah

"SIKIT? Dah masuk 5 pusingan dah ni, takkan tak cukup lagi?"Aidan duduk di bangku berdekatanya untuk berehat sebentar

"Tu la, saya dah kata mesti awak tak tahan punya, tapi nak ikut jugak! Degil!"Syafa berdiri di sebelah Aidan

"Takkan saya nak biar awak pergi sorang-sorang, nanti ada orang cuba ngorat awak macam mana? Habislah saya!"Aidan mencebik

Haihh comelnya tunang aku ni. Syafa tertawa

"Kenapa awak pulak yang habis? Apa yang habisnya"Syafa masih tergelak kecil

"Yela! Kalau dorang ngorat awak, mana tau orang tu hensem lagi dari saya, lepastu awak tinggalkan saya sebab lelaki tu. Tak ke nanti saya ni merana sebab kehilangan awak"

Kata-kata Aidan membuat hati Syafa berbunga.

"Jangan risau, walaupun ada lelaki yang mengorat saya tu kim woo bin ke lee minho ke saya takkan cair. Sebab yang ada kat depan saya ni pun dah cukup buat saya rasa cair tau!"Aidan mula tersenyum mendengar kata-kata Syafa

"Ye ke? Bukanke awak tu peminat setia lee minho? Sanggup ke awak tolak kalau lee minho yang ngorat awak?"

"Hehehehe, saya tipu je"Syafa menjelir lidah lalu terus berlari meninggalkan Aidan. Aidan pula cuba mengejar Syafa yang sudah jauh meninggalkanya

Inikah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku mena---

Bunyi nada dering telefon yang menyedarkan dirinya dari lamunan terus di angkat

"Assalamualaikum"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience