Rate

Bab5

Romance Series 4872

Selepas mandi dan selesai menunaikan solat subuh, Syafa melihat telefone nya. Alangkah terkejut apabila dia dapat mesej yang dia akan di temu duga semula hari ni pada pukul dua. Dengan senyuman yang lebar dia pergi ke almari untuk memilih baju

Kali ini blaus bewarna biru dan seluar jenis potongan besar menjadi pilihan, tudung pula dia memilih untuk memakai tudung bewarna cream,gayanya agak simple tetapi tetap nampak cantik dan yang paling penting menutup aurat

Selepas memilih baju untuk temu duga nanti dia turun ke bawah hanya dengan seluar track dan baju t-shirt biasa berlengan panjang, dalam rumah je pun. Kerana moodnya gembira pagi ni, dia akan masak untuk ahli keluarganya

Syafa memang jarang masuk dapur, namun dia pandai memasak. Cuma kena ikut juga la mood dia, kalau dia tengah ada mood gembira memang dapurlah tempat dia melepaskan tempiasnya. Tapi memang semua makanan yang Syafa masak ketika moodnya gembira, semua sedap² belaka. Kalah masakkan umminya sendiri, kata walidnya lah.

?????

Hany sedang menyiapkan sarapan untuk suaminya yang tercinta Putera Hakimi Farhan,meskipun dia sarat mengandung dan hanya menunggu masa sahaja,tanggungjawab sebagai seorang isteri harus tetap dijalankan

"ayang! Nampak tak kat mana tali leher abang!"Hakimi mencari cari tali lehernya

Mendengar sahaja panggilan suaminya, segera dia menuju ke arah suaminya

"Ni la, ayang letak dekat atas ni je hah"Hany mencapai tali leher yang terletak di atas almari

"Hehehe abang tak perasaan tadi"sengih Hakimi

Hany memakaikan tali leher untuk suaminya, diangkat kolar leher suaminya lalu dililit tali leher tersebut. Hany yang tengah ralit tidak perasaan yang suaminya sedang leka memandang wajahnya

Alangkah bertuahnya mendapat Nurfarahany Fidya sebagai isterinya, dia sungguh bersyukur kerana dapat memiliki gadis sebaik Hany. Seorang yang lemah lembut tetapi tegas,yang baik hati dan penyayang. Andaikata dia terlambat untuk memiliki gadis di hadapanya sekarang ni, entah apa yang terjadi pada dia waktu tu. Di beranikan diri untuk berjumpa ibu bapa Hany bagi meminta restu untuk menikahi anak tunggal mereka, jika dia tidak cuba beranikan diri sewaktu itu mesti sekarang ni Hany akan menjadi milik Tengku Faiz.

Teringat pula saat dia disoal oleh bapa Hany, kalau ikutkan mahu dia terkucil juga lah. Jangan dibuat main! Bekas pegawai tentera tu, mau kalau salah cakap nanti ada juga kena tembak dengan senapang gajah. Huihh jenuh jugak la nak susun kata supaya jadi ayat bahasa Melayu yang paling mantap sekali

Orang selalu kata, bila kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu,bila kita dapat benda tu, kita akan hargainya kerana kita tahu betapa susahnya nak dapatkanya.

Sama juga seperti isteri tercintanya nih. Memang takkan disia-siakan cinta isterinya hingga dirinya kembali kepada pencipta, in shaa Allah. Setelah segala yang dia lalui, tak mungkin bagi dia untuk mendustai isterinya. Bukan sahaja dia akan menyesal seumur hidup jika berbuat begitu, malah kemungkinan besar tamat juga riwayatnya dikerjakan oleh Encik Fauzi, ayah Hany.

"Abang termenung apa tuh.."suara Hany yang lembut membuat Hakimi sedar dari lamunanya, kini tali leher sudah tersangkut elok di leher Hakimi. Tengokla siapa yang pakaikan! Hakimi tersengih

"Mana ada abang termenung,abang,cuma pandang wajah isteri abang yang cantik ni"dipicit kedua belah pipi Hany yang sedikit tembam

"Eyy ye la tu, cantik ke? Tembam adalah"Hany mencebik bibir

Chuu~

Ciuman pantas dibibir dihadiahkan oleh Hakimi untuk isterinya

"Buat la bibir macam tu, abang gigit kang"Hakimi tersenyum gatal

"Abang ni kan!"dicubit perut suaminya sedikit

"Hahaha, lagi tembam la lagi bagus. Nanti baby dalam perut ni mesti comel macam mama dia jugakkan"Hakimi menggosok perut Hany yang memboyot tuh

Baru sahaja Hakimi mahu mencium isterinya semula, tiba-tiba...

"Aduhh, ahh sakit! Abang! sakit! Ahhh!"

Hakimi menjadi cuak, dahinya mula berpeluh

"Hah sakit! Kat mana? Nak kena buat apa? Macam mana ni!"

"SAYANG DAH NAK BERANAKLA!  BAWAK LA PERGI HOSPITAL! TAKKAN TU PUN NAK KENA BAGITAU!" Hany berkata sambil menjerit kesakitan. Orang nak mengandung jangan dibuat main!

Segera Hakimi membawa isterinya ke kereta, selepas menutup rumahnya. Segera dia menghidupkan enjin kereta ,lalu kereta Proton perdana milik Hakimi meluncur laju di jalan raya. Sekarang ni, hospital adalah destinasi yang perlu ditujui. Segera!

?????

"Ohh yeke, Alhamdulillah! Ok kau jangan risau, congrats bro,dah jadi ayah dah kau sekarang...in shaa Allah aku datng ......Waalaikumusalam"Faiz baru sahaja mendapat panggilan dari Hakimi yang mengatakan Hany sudah selamat bersalin

"Siapa yang telefon kamu?"soal Pn.Farah

"Hakimi, dia telefon bagitau yang hany dah selamat bersalin"Pn.Farah terkejut mendengar penayataan Faiz

"Semalam baru je mama jumpa dia, hari ni dah bersalin dah!"

"Ala ma.....Hany tu pun memang tunggu ma--"Pn.Farah menyampuk kata anaknya

"Yang kamu ni bila pulak?"wajah faiz berkerut

"Bila? Takkanla Iz nak mengandung ma...sampai bila² kalau tunggu pun takkkan jadi"Faiz tertawa, mamanya membuat muka meluat

"Kamu ni kan! Boleh pulak berloyar buruk ngn mama, memang la kamu tu tak boleh beranak, kamu macam tak faham² pulak maksud mama. Haihh!"Pn.Farah berasa geram dengan anaknya

"Hermmm,ok lah ma, Iz pegi keje dulu ehh"Faiz menyalami ibunya

Haihh budak ni! Saja nak mengelat la tuh, hmphh!

"Habistu pasal P.A kamu macam mana?"

"Tak pe,pasal tu, Hany dengan Iz dah uruskan,Assalamualaikum"kata Faiz sebelum berlalu pergi

"Waalaikum---"kata² Pn.Farah terganngu apabila Faiz tiba-tiba kembali semula ke dalam rumah semula

"Nanti petang, lepas Iz balik kerja, kita pergi lawat Hany tau ma!"selepas berkata begitu barulah Faiz betul-betul pergi. Kini tinggalah Pn. Farah bersendirian di dapur

"Haihh anak aku yang sorang ni"keluh Pn.Farah. Jap... Baru dia teringat!  Dia ada anak 3 orang, seorang lelaki dua perempuan. Mana lagi dua orang tu? Takkkan tak bangun² lagi!  Astaghfirullahalazim, tak boleh dibuat calon isteri betul lah anak perempunya nih

"Tasha! Sofea!"Pn.Farah mula menyusun langkah le arah anak tangga untuk melihat kedua anak perempuannya. Yang masih tidur, mungkin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience