Rate

Bab4

Romance Series 4872

"Please Syafa,kali ni je"

"No, this is not the first time Tasha, berapa kali kau nak aku pergi blind date. Jangan la paksa aku lagi"

"Tapi--"

"Tak ada tapi²,kalau kau sayang aku tolong la Tasha"Syafa membuat muka sedihnya

"Ok² tapi yang ni kali terakhir, aku janji"kata Tasha bersungguh-sungguh, Syaf mengeluh lalu meraup wajahnya

"OK fine, but promise me this is the last!"tegas Syafa

"Baiklah"kata Tasha lalu membuat tabik hormat ala2 tentera tak berpangkat

"Sape yang kau jodohkan dengan aku pulak kali ni?"kata Syafa sambil menghirup ice lemon tea kegemaranya

"Abang aku"jawab Tasha selamba

Pfffttt

"Ya Allah Syafa, kau dah kenapa?"Tasha segera menghulurkan tisu kepada Syafa yang baru sahaja tersembur air

"Kau biar betul!"mata Syafa membulat besar

"Apa?"soal Tasha tak faham

"Kau nak jodohkan aku dengan abang kau, wehh kau ok ke tak ni!"Syafa mengoncang badan Tasha

"Stop wehh stop, aku pening"Syafa berhenti mengoncang badan Tasha. Tasha memegang kepalanya yang terasa pening

"Tasha kau serius ke ni?"

"Betulah takkan aku nak main²"

Kali ini Syafa pula yang terasa pening, dipegang kepalanya lalu dipicit sedikit

"Haihh"hanya keluhan yang dilepaskan

Sabar jela,nasib Tasha ni kawan baik dia, tapi kalau diikutkan memang dia tak sangka pilihan Tasha adalah abangnya sendiri. Syafa tau ramai yang menyayangi dan mengambil berat pasalnya, semua ini gara² dulu dia pernah cuba bunuh diri dengan memakan pil secara berlebihan kerana tidak dapat terima kematian Aidan Mikail tunangnya.

Tapi itu dulu, sekarang ini dia telah terima hakikat dan ketentuan ilahi meskipun tidak sepenuhnya.
Hatinya redha dengan kepergian Aidan Mikail namun untuk membuka pintu hatinya supaya mencintai dan menerima lelaki lain, mungkin belum masanya lagi.
Kadangkala dia akan teringat memori dia bersama arwah tunangnya.

'Sebuah memori yang terindah kadangkala akan menjadi yang terpahit bagi kita, kita tidak perlu melupakan memori tersebut. Tapi cubalah untuk perlahan-lahan menerima atau menelan memori pahit tersebut kerana cepat atau lambat, kepahitan itu akan hilang juga walaupun ianya masih terasa'. Syafa terbaca kata² tersebut pada sebuah buku, dan dari situ dia mula mengubah dirinya menjadi Syafa yang ceria seperti dulu walaupun bukan sepenuhnya

?????

Selepas habis sahaja majlis makan malam kecil kecilan. Faiz segera memasuki biliknya. Di gapai tuala lalu terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah beberapa minit dia keluar dengan berseluar pendek dan T-shirt biasa yang selalu dipakai apabila hendak tidur

Faiz merebahkan dirinya di atas katil, setelah mengharungi hari yang panjang. Fikiranya teringatkan kejadian saat dia terlanggar seorang perempuan yang dilihatnya 'ayu'. Sejuk sahaja mata memandang,dengan baju kurung moden yang cantik tetapi masih lagi menutup aurat dan tudung yang membuatkan wajahnya seperti ustazah pilihan. Sungguh menenangkan hati andainya dia menjadi isteri pilihan.

Bukanya seperti Afrina yang pakaianya astaghfirullahalazim. Memang kalau tak terbelah sana sini, tak sah. Bilalah agaknya Afrina nak berubah, ini mungkin kerana terlampau terpengaruh dengan budaya barat.

Tok tok tok

Pintu bilik Faiz dibuka setelah diketuk

"Abang dah tidur ke?"

Faiz mengubah posisi apabila melihat adik perempuannya yang kedua berdiri di pintu biliknya

"Belum lagi, masuklah"Faiz mempelawa adik perempuannya masuk

Adik perempuan Faiz mengambil tempat di kerusi dekat meja belajar yang berhampiran dengan Faiz

"Selalunya kalau Tasha datang sendiri jumpa abang kat bilik malam² ni mesti ada sesuatu. Apa dia?"soal Faiz

"Ermm...ok macam ni...haihh macam mana Tasha nak bagitau ehh, erk se-se-se----"

"SE SE SE ,SE APA!"sergah Faiz

Kerana terkejut Tasha menjawab dengan laju bagaikan kereta yang memandu di lebuh raya kecemasan

"Sebenarnya Tasha ada kata kat kawan Tasha yang abang akan ada blind date dengan dia!"

Walaupun laju, apa yang dikatan oleh Tasha masih difahami Faiz. Faiz tergamam

"So jadi ehh? Ermm sabtu ni, pukul tiga dekat Sunway Putra, nanti pape Tasha mesej abang okay!? Bye!"Tasha segera keluar dari bilik abangya sebelum sempat abangnya berkata apa-apa

"Ta-tap----....TENGKU NATASHA !!"Faiz memanggil kuat nama adik perempuan keduanya

Budak ni kan, kalau sempat tadi mahu di beduknya sampai lumat. Pandai² pula cuba jodohkan dia. Geram sungguh! Dari dulu sampai sekarang suka sangat buat keputusan yang melibatkan dirinya tanpa meminta pendapatnya terlebih dahulu. Fikir dah berubah, rupanya sama sahaja seperti dulu

Dengan perasaan geram, Faiz menghempas badanya ke atas katil, kini dia tidak sabar menunggu hari esok supaya dapat bertemu lagi dengan perempuan 'ayu' yang dilanggarnya pagi tadi

"Nursyafa Auliya, nama yang cantik persis tuanya. Nampaknya esok kita akan berjumpa lagi"senyuman semanis kencing manis dipersembahkan sebelum perlahan-lahan matanya tertutup dan masuk ke alam mimpi yang indah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience