Rate

Bab1

Romance Series 4872

"Awak sayang saya tak?"Syafa mula bersuara

Mikail yg sedang memandu melirikan mata ke arah tunangnya yg berada di sebelah

"Mestilah saya sayang"

"Kalau awak sayang saya, awak kena janji yang awak takkan tinggalkan saya"

"In shaa Allah. Kita tak tau bila ajal kita,mungkin saya pergi dulu sebelum.... "

Syafa memintas ayat tunang kesayanganya itu

"Jangan la kata macamtu"Syafa mencebik bibir

"alala sorry"Mikail tersenyum melihat Syafa yang sedang merajuk

"Awak..."Mikail memanggil Syafa

Syafa memandng ke arah tingkap, menunjukkan yang dia masih merajuk

"Awak nak tahu sesuatu tak?" Syafa masih dngn rajuknya

"Awak mungkin boleh jatuh dari bangunan, pokok dan lain²,tapi... tempat paling best untuk awak jatuh adalah.... Jatuh dekat hati saya"

Ayat pickup line dari Mikail membuat Syafa tak dapat menahan senyumanya, kalau boleh bukan sahaja senyuman malah gelaknya.Syafa tau yang Mikail memang tidak reti buat ayat² manis untuknya namun walaupun sekadar mencuba sudah cukup membuatkan hatinya tertawa

"Kan cantik kalau awak senyum macam tu, kalau awak senyum macam ni tiap² hari, boleh kena kencing manis saya"sakat Mikail

"Eyyy ngengada kan awak nih"kini rajuk Syafa mula hilang

"Saya ngengada ngan awak jer"

Air mata mengalir tanpa disedari,kenangan bersama Aidan Mikail membuatkan hatinya luluh, rindunya dia terhadap lelaki itu tak pernah hilang, namun dia redha. Lelaki itu telah kembali menghadap pencipta 2 tahun yang lalu iaitu sehari sebelum majlis pernikahan mereka

Air mata segera diseka. Syafa kembali membetulkan sedikit tudungnya yg kelihatan senget lalu mencapai handbag kegemarannya

Dia menuruni tangga dengan berhati hati dan menuju ke meja makan

"Syafa ada interview hari ni"syafa duduk lalu mengambil sekeping roti dan menyapu sedikit nutella

"Apa kata kamu kerja kat syarikat walid jer, kan senang. Tak perlu kamu nk pergi interview sana sini"kata Pn. Syarah kepada satu satunya anak perempuanya itu

"Ummi tau kan Syafa nak berdikari,lagipun biarla Syafa cari pengalaman Syafa sendiri. Nanti bila Syafa dah sedia, Syafa akan bekerja kat syarikat walid. Lagipun abang Syahir kan ada" Syafa memandng wajah lembut ummi nya

"Suka hati kamu la. Yang penting anak ummi ni pandai jaga diri"Pn. Syarah memberikan senyuman yg manis buat anaknya

"Mana abang Syahir, ummi? "Syafa melihat sekeliling mencari kelibat abang kesayangan nya

"Pagi-pagi buta lagi abang kamu dngn walid dah pergi ke ofice. Ada meeting katanya" Pn. Syarah menghirup sedikit air teh yg masih panas dengan berhati-hati. Syafa melihat jamnya

"Ok la ummi, Syafa dah kena gerak ni. Nanti lambt x pasal² kena reject sebelum interview"Syafa menyalam lalu mengucup pipi umminya

"Bawak kereta tu hati² ,bukanya ummi tak tau, kamu tu kalau bawak kereta macam pelesit. Nak cepat aje"pesan pn. Syarah

"Eyy mana ada, abang Syahir la yg selalu bawak kereta mcm pelisit"Syafa menidakkan penyataan umminya

"Kamu tu pun sama"pn. Syarah melihat anaknya keluar dari rumah, lalu tersenyum dengn perangai anaknya itu

?????

"Hani! Masuk ke dalam pejabat saya skrng!"Faiz menekan interkom lalu memanggil PA nya yg tengah sarat mengandung

"Masuk!"kata Faiz apabila mendengar ketukan pintu pejabatnya

"Ada apa ye boss panggil saya? "Soal Hani

"Pukul brapa interview start?"

"Lagi 20 minit, kenapa boss nak pergi mana2 ke? "

"Saya nak keluar sekejap, kalau saya lambat awak mintak tolong Amran uruskan temuduga ni sementara saya tiada"Faiz bangun dari kerusi lalu menuju ke pintu untuk keluar

"Ok boss...ermm ada pape lagi ke boss?"

"Ohh ye, interview ni untk gantikan awak dlm masa 4 bln je tau, lps 4 buln awak kena masuk kerja balik"seleps berkata Faiz segera kluar dari pejabatnya dengan tergesa-gesa. Dia menekan butang lif beberapa kali

"Ishh lambatnya"Faiz bagaikan cacing kepanasan di depan lif, ni semua gara² mamanya

"Mama tak kira, mama nak Iz jemput mama sendiri kat sini sekarang!"kedengaran suara Pn.Farah dari corong telefon Faiz

"Tapi ma.., Iz sibuk ni"

"No! If Iz x jemput mama kat KLIA sendiri, mama x kan balik rumah!"

"Ok² fine Iz jmput mama but Iz jemput n trus hantar mama balik ke rumah"

"Ok mama tunggu, bye Assalamualaikum"pn. Farah menamatkan panggilan telefon dngn anaknya

"waalaikumussalam. Haihhh"Faiz mengeluh

Ting

Pintu lif terbuka setelah beberapa kali Faiz menekan butang lif. Segera dia masuk ke dalam lif lalu menekan butang G

Di dalam lif hanya ada Faiz dan dua orng perempuan yg asyik memandang ke arah Faiz

"Weh tu kan ceo Fair Holding. Hensemnye! "Seorng perempuan mula memuji Faiz

"Kan! muda² lagi dah jadi Ceo ,brtuah la sape dpt kahwin ngn dia"kata lagi seorng perempuan

Telinga Faiz mula menjadi merah akibat malu, memang sifat semula jadi Faiz bila malu atau marah telinganya berubah menjadi merah. Tapikan adakah dirinya layak dikira muda? Sepatutnya umur dia sekarang ni dah kahwin dah, Kan?

Ting

Faiz segera keluar apabila pintu lif sudah terbuka, dia kena cepat. Tidak mahu dibebel oleh ratu kesayangannya yg sedang menunggu di KLIA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience