Rate

Bab2

Romance Series 4872

"Haihh" Syafa mengeluh.

"Macam tak de harapan je" gumam Syafa bila memikirkan temu duga dia sebentar tadi

Dia melangkah keluar dari bangunan yang tersegam indah itu dengan wajah yang sedih. Nampaknya terpaksalah dia bersetuju untuk bekerja di syarikat ayahnya. Keluhan dilepaskan lagi. Tiba-tiba...

BUKKK

"Aduhh!" Syafa terlanggar seseorang lalu menyebabkan kakinya terseliuh lalu terjatuh

"Ahh sorry! Maafla saya nak cepat tadi! Awak ok x?"

Syafa tidak memandang wajah orang yang terlanggarnya, sebaliknya dia cuba untuk bangun. Namun hampa, kaki kirinya terasa sakit

"Ermm rasanya kaki awak terseliuh tuh, meh sini pegang lengan saya."orang tersebut menghulurkan lengan kanannya yg berlapik supaya memudahkan Syafa untuk berpaut supaya dapat bangun

Syafa memandang tepat wajah orang yang mempelawa lenganya itu. Syafa tergamam apabila melihat wajah lelaki itu. Ya, orang itu adalah seorang lelaki. Cuma yang membuatkan Syafa tergamam adalah sepasang mata milik lelaki itu. Tanpa disedarinya air mata terus mengalir membuatkan lelaki di hadapanya itu cuak

"Er-erk k-kenapa awak na-nangis nih!! Sakit sangat ke? Nak saya bawak awak pergi hospital? Maafla!" lelaki tersebut mula gelabah, nak di angkatnya gadis tu tak boleh sebab bukan muhrim. Tapi karang kalau dibiarkan...haihh ,tulah,tadi nak sangat cepat smpai tak pandang kiri kanan...

Syafa yg tersedar lelaki itu dalam keadaan cuak terus mengelap air matanya lalu berkata

"Ehh ehh, tak! Sikit je nih, maafla tadi saya pun tak tau kenapa air mata tetiba keluar. Hehehe" Sengih Syafa

Sengihan Syafa membuatkan lelaki itu kmbali bertenang, lagipun dia memang tak perasan bila masa air mata dia bleh keluar

"Ohh, ermm awak boleh bangun tak nih?"

Syafa cuba bangun lagi sekali dan alhamdulillah kali ini dia berjaya. Cuma bila dia berjalan, kenalah dia jalan terhinjut-hinjut

"Boleh! Tak pe sikit je nih"Syafa menutup rasa sakit dengan senyumanya

"Kalau macam tu-- nama saya Faiz,ni kad saya, kalau awak pergi klinik jap lagi, nanti awak boleh call saya mintak ganti rugi"Faiz menghulurkan kad kepada Syafa

"Ehh tak yahla susah²,lagipun benda kecik je nih, tak kan saya nak mintak ganti rugi pulak"

"Tak p--"Belum sempat Faiz menghabiskan ayatnya, Syafa terlebih dahulu pergi meninggalkanya yang terpinga-pinga

Faiz tersenyum sendiri,tapi secara tiba² senyumannya hilang bila teringat yang dia sudah lambat, dengan segera dia kembali berlari,tetapi kali ini dia berhati-hati agar kejadian tadi tak berulang lagi

?????

Syafa menutup pintu keretanya, perasaan sebak muncul di dada secara tiba² . Dia memegang dadanya sambil memejamkan mata

"Ya allah takdir apakah ini"air matanya meluncur laju membasahi pipi putihnya itu

Syafa yakin, mungkin bagi orang perkara ini mustahil tapi dia yakin dan tersangatlah yakin. Sepasang mata lelaki tadi adalah milik bekas tunangnya

Bukanya dia tak tahu, arwah dulu pernah buat ikrar untuk mendermakan organ setelah ketiadaannya. Dan dia juga tahu organ yang arwah dermakan adalah mata, sepasang mata bewarna kelabu yang dulu pernah membuatkan Syafa mula jatuh cinta kepadanya

Di cekalkan hati dan minda untuk melupakan segala memori bersama tunangnya namun setelah hadirnya kecekalan meskipun tidak sekuat mana, mengapakah dia harus bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai sebahagian kenangan dari arwah tunangnya, mengapakah takdir kadang-kala terlalu.... kejam?

"Astaghfirullahalazim"segera Syafa beristighfar apabila meragui takdir allah kepadanya, di gosoknya muka bagi menyedarkan dirinya semula.

?????

"Maafla hany saye lambat, ada hal sikit yang berlaku kat bawah tadi. So, macam mana dengan interview?"soal faiz

"Interview ok boss, cuma ni ialah rekod-rekod orang yang temu duga tadi. Boss boleh tengok dan kalau boss rasa ada orang yang layak, boss bagitau saya dan saya akan arrange kan interview orang tu dengan Boss" Hany menghulurkan beberapa file

Faiz menyambut huluran Hany lalu membelek sikit file tersebut

"Baiklah, pape saya bagitau awak. Terima kasih Hany"Faiz memberikan senyuman terhadap P.A kesayangannya yang sudah di anggap sebagai keluarganya sendiri

"Sama-sama"Hany keluar meninggalkan Faiz bersama beberapa fail tersebut

Dibuka satu persatu fail tersebut dalam keadaan malas, setelah setengah jam masa berlalu akhirnya ada satu fail yang mula menarik minatnya. Bukan fail, tapi kandungan dalam fail tu yang menarik minatnya

"Hmmm, NurSyafa Auliya Binti Ryan.....umur 24 tahun"Faiz mula tersenyum lebar

Ditekanya interkom yang menghubungkan dia dengan P.A nya Hany

"Hany masuk sekejap"

Tidak sampai dua minit, ketukan pintu mula kedengaran

"Masuk"

Munculah Hany sambil membawa buku catatan yang selalu di bawanya

"Saya nak awak arrange kan interview saya dengan dia nih"Faiz menunjukkan Hany fail yang menarik perhatiannya tadi

"Bila ye boss nak saya arrange kan temu duga nih?"soal Hany sambil mengambil fail yang ditunjukkan oleh Faiz

"Kalau boleh secepat yang mungkin"

"Baiklah, kalau dah tak ada pape saya pergi dulu"pinta Hany

"Ehh jap ,esok apa jadual saya?"

"Untuk esok boss hanya ada meeting dengan pengurus Twice Holding pada pukul 10"

"Kalau macam tu....saya nak awak arrange kan interview tuh esok ,pukul 2 petang"

Hany mencatat apa yang dikatan oleh bossnya

"Ada apa² lagi?" Soal Hany

"Ada!...sebelum saya terlupa mama saya jemput awak dengan keluarga dinner malam ni dalam pukul 8, dia kan baru balik dari London. So ada buat makan² sikit"kata Faiz

Keluarga Hany memang rapat dengan keluarga Faiz, dan sebenarnya sepatutnya Hany dan Faiz disuruh berkahwin atas desakan keluarga. Tetapi suami Hany sanggup berdepan dengan keluarga Hany supaya meminta izin untuk merestui hubungan mereka sekali gus melamar Hany menjadi isterinya di hadapan kedua orang tua Hany.

"Ohh ye ke, in shaa Allah kami datang. Kirim salam dan cakap dekat auntie, Hany rindu dia"

Buat seketika hubungan antara majikan dan pekerja di lupakan, sekarang ini adalah hubungan antara keluarga

"In shaa Allah"

"Ok lah saya pergi dulu ye" selepas menerima anggukan dari Faiz, Hany berlalu keluar dari pejabat bossnya itu

Faiz menyandarkan dirinya pada kerusi, dia mengambil telefonya lalu melihat pantulan dirinya pada screen

Diperhati sepasang mata miliknya sendiri,yang dulu bukan miliknya. Dua tahun lepas, dia hanyalah lelaki yang tidak mempunyai daya penglihatan akibat insiden hitam sewaktu dia masih kanak²,tapi selepas mendapat penderma akhirnya dia dapat melihat dunia kembali.

"Aku akan jaga mata ni baik²"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience