Rate

Bab7

Romance Series 4872

"Waalaikumusalam"jawab Faiz tatkala ada seorang lelaki tua memberi salam kepadanya secara tiba-tiba. Ketika ini Faiz sedang berada di masjid kerana baru sahaja selepas menunaikan solat jumaat

"Kamu ni---"kata-kata lelaki tua itu berhenti

"Ahh maaflah pakcik rasa, pakcik salah orang kot"sambung lelaki tua tadi

"Kenapa pakcik?"

"Mata kamu, macam seorang lelaki ni. Kalau tak silap pakcik nama dia Aidan Mikail. Dia selalu datang masjid ni, selalu tolong sedekahkan barang keperluan,pakcik rapat dengan dia. Tapi dah dua tahun pakcik tak nampak dia, bila pakcik tengok kamu tadi, pakcik ingat kamu tu dia sebab mata kamu sama macam dia. Tapi rupanya pakcik silap orang"luah pakcik itu jujur

"Ohh"Faiz menganggukkan kepala tanda faham

"Pakcik pergi dulu ye, Assalamualaikum"pakcik tersebut berlalu pergi

"Waalaikumusalam...Aidan Mikail? Macam pernah dengar, tapi kat mana ehh?"Faiz menggosok tengkuknya

"Ermm haihh biarlah"dia mengabaikan persoalan di mindanya

?????

Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang, ketika ini suasana di Fair Holdings Agak senyap kerana masing-masing sibuk menyiapkan kerja

Di dalam bilik yang bertanda 'CEO Fair Holdings' terdapat dua orang yang sedang duduk bertentangan

"Ya Allah! Takkan la dia ni ceo Fair Holdings, dah la aku terlanggar dia semalah. Astaghfirullah al-azim malunya"bisik Syafa kepada dirinya sendiri, dari tadi Syafa hanya menundukkan wajahnya untuk mengelak dari memandang mata Faiz

"Baiklah perkenalkan diri awak"Senyuman langsung tidak hilang dari wajah Faiz, dipandang gadis di hadapanya ini. Jantung Syafa berdegup laju,tanganya mula berpeluh, jangan lidahnya kelu secara tiba² sudahla

"Nama saya Nursyafa Auliya Binti Ryan, umur 24 tahun kelulusan---"

?????

"Alhamdulillah"Syafa bersyukur kerana diterima berkerja di sini. Tidak sangka dia akan dapat. Cuma ada yang membuatkan Syafa sedikit tertanya-tanya,dari awal temu duga tadi dia merasakan Faiz memandangnya tak berkelip. Benar atau tidak, dia tak pasti sebab dari awal sampailah selesai temu duga dia langsung tidak memandang wajah Faiz.

Syafa melihat telefonya tatkala ada getaran, dibuka aplikasi whatsapp

From:Tashaku tarchintak
Jangan lupa esok! Sunway putra mall, pukul tiga. Ok!  >_<

Syafa mengerutkan dahinya. Esok? Ada apa esok? Syafa menaip pantas mesej untuk dihantarkan kepada Tasha

To:Tashaku tarchintak
Esok??????

"Aikk bluetick je"geram Syafa

Tiba-tiba telefonya berbunyi menandakan ada orang menelefonnya. Dilihat di skrin tertulis 'Tashaku Tarchintak'. Segera di mengangkat panggilan tersebut

"Assalamualaikum hah Sha! Ni aku nak tanya. Esok? Ada apa ehh esok?"

"Waalaikumusalam...tchh aku dah Agak,confirm kau tak ingat. Esok kan kau ada date ngan abang aku!

"HAH!! awalnya Sha, srsly?"

"Yep aku serius, so esok kat sunway putra mall ,pukul tiga. Kayhh! Aku gi du--"

"JAPP SABAR!! esok sunway putra mall, pukul tiga, but sunway putra mall tu besar kot. Kat bahagian mana,and macam mana aku nak cam abang kau yang mana satu?"

"Haahla!  Nasib kau tanya hehehe, ermm kau pergi kat bout noodle bahagian food street. Kalau pasal abang aku nanti aku bagitau kau dia pakai baju apa. Kay lah aku dah lambat ni ,bye. Assalmualaikum"

"Waalaikumusalam"jawab Syafa. "Nasib kau ni kawan baik aku yang paling aku sayang, kalau tidak.... Haihh"hanya keluhan dapat dilepaskan

?????

"Apa jadi?" tegur Syahir

"Hah?"Faiz membuat muka blur

"Aku tengok kau dari aku masuk dalam pejabat kau ni sampai la 10 minit aku menghadap kau tersengih sorang² macam beruk dapat bunga ni pahal? Kau dah nak kahwin ngan Afrina ke?"gurau Syahir

Pap

"Aduh"Syahir menggosok kepalanya yang diluku oleh Faiz

"TANGKEPALAKOTAK kaulah aku nak kahwin ngan si Afrina tu, mulut...tak bayar insurans ke?"marah Faiz

"Wuuu lek la bro, aku gurau je"

"Kau ni takde keje ke? Camne la boleh jadi Ceo?"sindir Faiz

"Hek eleh, tadi aku jumpa klien aku dekat-dekat sini dah alang-alang tu saja nak melawat kau. Datang jek tengok-tengok  kau dok tersengih sensorang, asal? Something menarik tertarik ke?"Syahir menjongketka keningya berkali-kali

"Takdelah, kau tau kan P.A aku Hany? Dia dah bersalin--"Syahir memotong ayat Faiz

"Wowow so? Kau jangan weh mentang-mentang Hany dah bersalin takkan kau nak try dia, kau jangan beb dia ada laki, bini--"ayat Syahir terhenti tatkala mukanya disepuk dengan fail yg Agak keras

"Kau cakap lagi, aku gunting lidah kau dengan benda ni"Faiz menunjukkan gunting yang berada di tanganya. Syahir mengangkat kedua tanganya ala-ala macam pencuri kena tangkap ngan polis

"Agak-agak ahh kau ni, x de masa aku nak try si Hany tu. Tau si Hakimi mau masuk wad icu aku"jeling Faiz.

"Aku tersengih sebab--"ayat Faiz lagi sekali terganggu apabila bunyi telefon Syahir menganggu

"Haihhhh"Faiz memegang dahinya, pening betul dia dengan perangai kawan dia nih, sama je macam adik dia Tasha

"Weh aku kena gerak ahh, ummi aku suruh balik awal hari ni"kata Syahir. Faiz hanya mengangguk faham

"Aku gi dulu ehh, nanti pape jumpa lagi"Syahir berlalu meninggalkan Faiz berseorangan di dalam pejabatnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience