Call Girl 42

Romance Series 1322000

Call Girl 42

Langit yang tadinya cerah dengan cahaya mentari beransur gelap sepenuhnya. Jam di dinding sudah berganjak ke pukul 8.45 malam.

Suasana di tengah taman dia luar Mansion milik Carlos sudah dihiasi dengan bunga-bunga segar.

Hanya beberapa minit saja lagi Luq Mikail dan Jasmine akan bergelar suami isteri. Tangan Luq mikail sudah digenggam erat oleh tok kadi.

Taman yang luas dengan tiupan angin malam itu mula terasa hangat. Saat itu, berdebar kuat terasa di dada seorang bakal pengantin. Debar kerana cinta, sayang dan tanggungjawab yang bakal di pikul oleh sang suami.

Jasmine yang duduk bersimpuh di belakang langsung dipandangnya. Seketika Luq Mikail Tenggelam kecantikan gadis itu.

"Dah sedia?" tanya tok kadi di depan. Luq mengangguk kecil.

"Baiklah, kita mulakan."

Jantung Luq berdebar hebat.Sejuk rasa tangannya. Akhirnya tangan itu disambut kemas. Carlos di atas kerusi sana dikerling sekejap. Bercampur baur perasaannya tika ini.

Tenang Luq tenang.

"Bismillahirrahmanirrahim. Luq Mikail bin Ghazali."

"Ya, saya," sahutnya.

“Aku nikahkan dikau dengan Rose Jasmine binti Abdullah, berwakilkan aku dengan mas kahwin Satu ribu ringgit tunai." Tangan itu digoncang kecil.

"Aku terima nikahnya Rose Jasmine binti Abdulilah dengan mas kahwin satu ribu ringgit tunai," ucap Luq dalam satu nafas.

"Sah?" Tok kadi bertanyakan pada empat saksi di tepi dan disambut para saksi berserta anggukan.

"Alhamdulillah." Terus tangan diangkat untuk membaca doa. Dalam sekali lafaz saja sudah terbina mahligai perkahwinan antara mereka.

Zahra menggenggam tangan Jasmine itu erat.

"Selamat pengantin baru, Min," ucapnya rendah berserta kucupan kecil ke pipi itu.
Jasmine tersenyum air matanya pelahan jatuh di pipi di kesat pelahan oleh Zahra agar tidak merosakkan solekkan tipis di wajah gafis itu.

Wajah Jasmine di kalih pada Puan Fatihah yang sudah menjadi ibu mentuanya itu. Terukir senyuman manis diwajah wanita berusia itu.

Perhatiannya teralih bila Luq Mikail yang segak mengenakan persalinan lengkap baju Melayu putih dengan bersamping duduk dihadapannya. Deras jantung berdegup laju apabila melihat wajah kacak lelaki itu sudah berada di depannya.

"Senyum sayang.." Luq berbisik di telinga Jasmine.

Jemari runcing itu di tarik dan cincin di tangan disua masuk ke hujung jari manis Jasmine.
Betapa bahagianya dia rasakan Akhirnya Jasmine sudah Sah menjadi miliknya.

..............

Majlis perkahwinan gilang-gemilang malam itu sudah melabuh tirai. Pasangan pengantin mengukir senyuman. Zahra dan Carlos juga tidak kurang mengukir senyuman sewaktu majlis itu berlangsung. Mereka juga berkongsi berita gembira mengenai kandungan Zahra.
Perwarisnya.

Zahra memeluk mesra Jasmine yang cukup cantik malam itu mengenakan gaun pengantin rekaan Dora pereka yang terkenal dalam menghasilkan rekaan gaun pengantin yang sopan. Sentuhan mekap yang nipis menyerlahkan kecantikkan Jasmine. Rambutnya yang di sanggul itu dikenakan wig juga Labuh.

Cantik.

"Ayah nak balik dah ni." Ujar Dato' Zafrul kepada Zahra. Dia juga tersenyum melihat wajah manis satu-satunya anak perempuannya itu.

"Terima kasih paksu sudi datang majlis abang."Jawab luq mikail. Terukir senyuman di bibirnya.

"Sama-sama.. Baby bila lagi nak datang rumah ayah?" Soalnya.

Zahra menjeling sekilas wajah tampan suaminya.

"InsyaAllah nanti Baby balik. Ayah jaga diri tau."

"Sini." Dato zafrul memangil Zahra mendekatinya. Zahra melangkah mendekati Dato Zafrul. Pelahan-lahan tangan Dato Zafrul memgusap lembut perutnya.

"Jaga kandungan ni baik-baik ye. Jangan ikut sangat hati nak lari sana sini lagi.. Jaga diri baik-baik ya baby.. Ayah takut tak sempat tengok cucu ayah ni."

Semua di situ hanya memerhatikan tingkah dua beranak itu.

"Haish apa cakap macam tu. Ayah ni." Air mata Zahra jatuh pelahan dan pantas dia mengesat. Bibirnya mengukir senyuman tetapi hambar.

"Ingat pesan Ayah jaga diri dengar cakap suami kamu. Buang sikit keras kepala tu faham."

Zahra tersenyum lalu mengangguk kepalanya pelahan. Tubuh tua itu di peluk erat.

"Baby sayang ayah.."

.............

Dato Zafrul keresahan apabila tiba sahaja di rumah keadaan rumah itu agak sunyi. Dia melangkah naik ke biliknya. Langkahnya Semakin laju. Sesekali berpaling ke belakang kerana terasa seperti di ekori.

Tiba saja di depan pintu biliknya. Pintu itu segera di buka. Langkah terus diatur masuk ke dalam.

"Argh!" jerit lelaki berusia itu sekuat hati. Apabila masuk sahaja di dalam bilik tidurnya perutnya terus di tikam.

Wajah isterinya yang sudah terbaring di atas lantai itu dipandang sayu. Segala benda yang ada didalam bilik itu sudah bertaburan di lantai.

"Ha. Ha. Ha."

"Ini baru seorang aku arwahkan.." Kata lelaki itu. Pasu bunga besar yang terletak dipenjuru bilik pula sengaja ditepis kuat sehingga bersepah seramik itu diatas lantai.

"Mak bapak aku mati di sebabkan kau! Abang aku mati disebabkan menantu bodoh kau!. Keluarga kau ni memang bawak sial lah!"

Prang!

Cermin besar yang berdiri teguh yang memisahkan dinding dan membaca dan katil itu pula ditendang kuat sehingga berderai.

Dia berjalan mendekati Dato' Zafrul yang sudah bersandar lemah di dinding menahan sakit di bahagian perut apabila di tikam.

“Aku tak akan biarkan kau orang bahagia. Kau orang semua patut mati.!" bisik Eiyad di telinga Dato' zafrul Sebelum dia menekan kuat luka tikam itu.

"AL..LAH.." Pelahan-lahan Dato' Zafrul lepaskan nafasnya.

Eiyad ketawa kuat sambil melangkah keluar dari banglo mewah itu.

Sejak peristiwa itu kemalangan ibu dan bapanya ketika melarikan diri dari pada pihak polis, Eiyad dihantar ke Rumah kebajikan dan Farizal di hantar ke rumah sakit jiwa akibat tekanan perasaan.

Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menyambung pengajian sekaligus melindungi maruah keluarga. Hidupnya berubah seratus peratus.

Kerana itu satu perkara yang Eiyad janjikan pada dirinya sendiri tetap akan membalas dendam atas penderitaan keluarga sepenuhnya. Hanya cepat atau lambat, Dendam itu akan terbalas.

Walaupun kebenaran sudah di ketahui namun demi memuaskan hatinya, Dia akan pastikan semua keturunan Dato' Zafrul tak akan bahagia!.

Dan yang paling utama sekarang ini, Zahra dan Carlos. Eiyad memejam mata dan tersenyum sendiri.

"Amelia Azzahra...."

.........

"Terima kasih abang."Ujar Jasmine sebaik sahaja masuk ke dalam bilik mereka.

"Terima kasih je." usik berbaur nakal. Keningnya juga diangkat memandang Jasmine seperti menginginkan sesuatu sebagai balasan.

"Iya la habis tu u nak i buat apa?" jelas kelihatan kerutan di dahi Jasmine pada pandangan Luq. Geram haish.
"tak nak terima kasih je, abang nak yang lain."

"Nak apa?" penuh setia Jasmine menunggu lelaki itu menyuarakan keinginannya.

"Sayang memang tak tahu ke buat-buat tak tahu hurmm." ujar Luq sambil Jemari menyentuh wajah Jasmine.

Disentuh bibir merah itu yang terbuka sedikit dengan ibu jarinya dan diusap pelan beberapa kali. Pandangan mata gelap Luq pada bibir Jasmine jelas terlihat menunjukkan yang dia menginginkan Gadis itu.

Jasmine yang sudah faham maksud tersirat lelaki itu. Terasa membahang. Wajahnya yang sudah memerah makin memerah.

Perlahan-lahan kedua tangannya naik memegang lembut rahang lelaki itu.
Tangannya sedikit mengeletar. Tapi dia berlagak biasa. Mata anak mata zamrudnya menikam lembut anak mata hitam lelaki itu.

Wajahnya menghampiri bibir lelaki itu yang sedikit terbuka. Jasmine hanya mengecup bibir lelaki itu. Lama. Hanya kecupan semata-mata. Manis.

Kemudian dia melepaskan apabila sudah terasa cukup lama dia mencium bibir lelaki itu, Baru sahaja dia mahu menjauh wajahnya terasa tangan kanan lelaki itu memegang belakang lehernya lalu mencium bibirnya laju.

Jasmine yang terlalu asyik dengan ciuman itu tidak sedar tubuhnya sudah di baringkan di atas katil dipenuhi dengan kelopak bunga mawar berwarna merah.

Kring kring !!!

Kring kring !!!

"Luq..fon...."Jasmine yang terkejut mendengar bunyi deringan itu segera melepaskan ciumana sehabis mungkin dia mengatur nafas memaksa untuk memaklumkan pada lelaki itu.

"Abaikan." Luq menikam tajam anak mata zamrud Gadis itu. Bibir yang sedikit terbuka itu kembali di kucup. Dipegang erat pinggang Jasmine dari terus bergerak dari terus menganggu kerjanya.

Kring kring !!!

Jasmine menolak tubuh lelaki itu yang sudah berada diatasnya.

"Jawab dulu abang, Kalau hal penting... macam mana."

Luq mikail mendengus perlahan. Marah kepada pemanggil yang menganggunya.
Dia bangun dan berjalan menghampiri telefonnya di tepi ketil atas meja solek.

"Hello." sapa Luq dingin tanpa menutup pusat Jasmine menelan air liur perlahan, Apabila melihat six pack milik Luq itu. Dia melarikan pandangannya dari terus menatap. Dicapai gebar menutup tubuhnya.

"Hello.Kau tengah sibuk ke?.."

"Kau nak apa sial kalau benda tak penting jangan cakap. Aku letak sekarang!."Jawabnya masih dingin. Dia menjeling Jasmine di atas katil.

"Lek bro jangan gelojoh aku tahu kau baru nak belajar menembak.."Ujar suara itu sambil ketawa pelahan.

"Kalau kau Takde hal pentingkan aku letak sekarang!"

"Paksu kau ......" dengar sahaja bicara lelaki itu Luq mikail tergamam. Dia kaku berdiri di depan meja solek itu.

"Kenapa?." tanya Jasmine bimbang melihat tingkah Luq itu.

"Sayang siap kita ke hospital sekarang." Mendengar sahaja ayat itu membuat Jasmine resah dan berdebar.

Siapa yang call?.

Kenapa?.

.............

Zahra diam di duduk di kerusi. Dia memandang Tangan Carlos menggenggam erat tapak tangannya yang masih menggigil. Jantung masih berdegup laju.

Apa yang sedang berlaku ini seperti dajavu.
Ayahnya sudah dah tiada. Ayah dan ibu tirinya dibunuh. Dan Ayahnya dibunuh sebaik sahaja pulang dari berkunjung ke majlis pernikahan Luq mikail rumahnya.

Sudah Tiga puluh minit perjalanan dan Selama itu jugalah dia diam termenung tubuhnya masih mengigil.

Kenapa semua ini terjadi?
Adakah di sebabkan hal itu?

Zahra masih terkejut dengan berita yang baru di terima. Semuanya berlaku terlalu tiba-tiba. tak tahu mengapa tapi dia rasa sangsi. Adakah perkara yang berlaku pada jasmine sebelum ini ada kena mengena dengannya juga?

Adakah Carlos masih berahsia dengannya?

Zahra merenung wajah Carlos yang masih memandu itu. pandangan di alihkan ke atas jalan. Sehingga dia terbayang semula kisah kemalangan yang berlaku pada ibunya dulu. Mustahil dia boleh lupakan kemalangan itu.
Sampai bila dendam ini akan berterusan.

Zahra melepaskan keluhan.

..........

"Love." Carlos mengusap pipi zahra pelahan.
Wajah mendung isterinya di tatap penuh kasih.

"Kita dah sampai?" Soal Zahra pelahan.

"Dah jom sayang kita turun." Carlos melangkah keluar ke dari perut kereta.
Pintu di bahagian penumpang hadapan di tuju.
Pintu itu di buka dan Zahra masih termenung di kerusi itu.

"Sayang Jom.." Dia menghulurkan tangannya.

"Saya tak kuat hubby." Pelahan-lahan air mata Zahra Jatuh membasahi pipinya.

Sebelah tangan Carlos di gengam erat cuba menahan kemarahan dari tadi. Dia harus sabar. Demi Zahra.

"Sayang aku sentiasa ada dengan kau.. Sekarang kita turun dulu OK." Pujuk Carlos.

Dia menghelakan nafasnya.

Zahra mengangguk. Tangan carlos di sambut. Dia bangun dan keluar dari perut kereta.

"Aku sayang kau. Kau kena kuat ok." Pujuk Carlos lagi kepala isterinya diusap pelahan dan bibirnya melabuh seketika di dahi Zahra. Lama.

Carlos melepaskan ciumannya.Tangan Zahra kembali di genggam erat. Mereka melangkah masuk bersama ke dalam lobi hospital itu.
Bilik mayat di tuju.

Carlos memandang sekilas wajah zahra.
Dia berjanji semuannya akan berakhir secepat mungkin. Dan dia akan pastikan orang yang lakukan itu akan kena balasan setimpal.

Itu janjinya.

...........

Farah hanya diam berdiri di tengah pintu bilik di hadapannya.

"Macam mana hairul?" Tanya Farah kepada Lelaki yang sedang berdiri tegak di depannya.
Lelaki itu mengelengkan kepalanya perlahan- lahan.

"Tak ada cop jari Puan. Saya tak rasa ini kes samun pun. sebab kerja dia bersih." Ujar Hairul.

Farah diam. Tak tahu kenapa tapi dia rasakan lain hatinya tidak tenang dan berdebar-debar.

"Dan kami jumpa gambar ini je puan." Gambar itu bertukar tangan.

Farah tergaman.

Apa Maksud gambar ini?

"Puan.. Puan Najwa." Farah tersentak apabila bahunya di tepuk pelahan.

"Sorry!"Ujarnya pelahan gambar di tangannya masih di tatap.

"Puan OK?" Soal Hairul.

" Okey saya okey.. saya balik pejabat dulu. Kalau apa-apa nanti call saya." Farah terus berlalu pergi selepas itu.

Laju langkah Farah menuju ke keretanya.
Iphone di dalam poket seluarnya di keluarkan.
Tangannya ligat bermain di screen Iphone itu.
Satu panggilan di buat. Nama terpampang di Screen iphone itu.

Beberapa kali panggil cuba di buat di nombor yang sama, Tetapi tidak di angkat. Akhirnya, sekali lagi jemarinya menarik di Screen iphone Nombor Gibran di cari dan terus pangilan di buat. Tidak sampai tiga deringan panggilan itu terus disambut.

"Hallo.."

Hi Readers >.< Maaf atas kelewatan.. Terima kasih kerana masih sudi membaca Call girl.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience