Bab 6

Romance Completed 5322

KERETA aku parkir di luar perkarangan rumah Mama Zita. Rieq menyuruh kami berkumpul di sana. Aku segera keluar dari perut kereta setelah melihat kelibat Mama Zita dan yang lain-lain sedang menanti aku di depan pagar rumah. Terasa bersalah pula kerana tiba sedikit lewat.

“Maaf semua, tadi ada hal sikit” beritahuku. Mereka mengangguk dan tersenyum tanda tidak kisah.

“Semua dah ada kan? So, let’s go” ajak Rieq. Papa Syah sedang menghidupkan enjin kereta manakala kami masih di pagar rumah.

“Pergi mana?” soalku pelik.

“Kubur arwah Faiz” beritahu Rieq ringkas. Aku tersentak. Kenangan lama kembali tersiar. Baju melayu yang tidak sempat dipakai arwah, surat terakhir darinya dan ucapan ‘selamat hari raya’ buat pada hari itu merupakan ucapan kali terakhir. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini.

“Ann, kau naik dengan Aunty sahajalah” arah Rieq. Aku mengangguk. Mama Zita tersenyum dan menarik lembut tanganku. Aku hanya menurut.

Perjalanan ke kubur arwah mengambil masa selama 10 minit kini telah tiba. Kelihatan beberapa keluarga lain yang datang melawat kubur ahli keluarga masing-masing. Aku melangkah dengan kaki yang berat sambil mengucapkan salam pada warga kubur yang sudah menghadap maha Pencipta. Mata sudah berair.

Rakan-rakan arwah seramai 15 orang, menanti di luar pagar. Susah hendak masuk semua, padat! Aku, Mama Zita, Papa Syah dan Rieq mendahului mereka. Tikar dibentang oleh Papa Syah dan kami mulai duduk beramai-ramai.

“Assalamualaikum Faiz…Selamat Hari Raya anak mama. Moga tenang di sana” Mama Zita menangis dan sebak seraya memeluk aku. Aku juga turut sedih.

Kami memulakan bacaan Yasin. Kata-kata arwah suatu masa dahulu terngiang-ngiang di telingaku.

‘Kalau aku dah tak ada nanti, kau jangan lupa bacakan aku surah Yasin dan doakanlah aku. Dan yang paling penting, kau kena izinkan aku pergi..’

Ku izinkan kau pergi! Luahku dalam hati. Meskipun berat untuk melepaskannya pergi, tapi aku harus melakukannnya juga. Sebak yang merajai hati segera aku tepis. Kau tak boleh lemah Ann! Kau kena kuat! Jeritku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience