SUASANA raya pada tahun ini agak suram kerana ketiadaan Abi dan Umi di rumah. Biasanya, pagi-pagi macam ini Umi akan menjerit menyuruh aku bangun. Maklumlah selalunya malam raya aku tidur lewat. Itulah padahnya apabila asyik layan movie.
Aku merapikan selendang yang melekap kemas di kepala sebelum keluar dari bilik. Kunci kereta yang tergantung di belakang pintu ruma segera dicapai. Aku menutup pintu rumah dan mula memanaskan enjin kereta.
Tiba-tiba, terasa sayup hati ini. Biasanya pada waktu begini, aku sibuk ingin bersalam dengan Abi dan Umi. Ya Allah, aku lupa menghubungi mereka. Aku segera mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan LV pemberian Umi lalu segera mendail nombornya.
“Assalamualaikum…” sebak usah dikata. Aku cuba mengawalnya sebaik mungkin.
“Waalaikumussalam. Selamat hari raya sayang..” ujar Umi mesra.
Aku tersenyum. “ Selamat hari raya Umi. Abi?” soalku.
“Meeting..Pagi raya pun kena kerja”
“Oh..Umi, maafkan Ann kalau Ann ada sakitkan hati Umi, terbuat Umi marah dan sebagainya..Halalkan makan minum Ann” ucapku sebak dan air mata mengalir.
“Umi maafkan dan Umi halalkan semuanya. Maafkan Umi juga ya sayang?”
“Ya Umi.. Kirim salam pada Abi..Ann nak pergi beraya dengan geng ni” maklumku.
“Insya-Allah. Kirim salam juga pada geng” selepas salam diberi, talian ditamatkan. Aku segera memandu menyusuri jalan raya yang agak lengang pada hari itu kerana warga kota sibuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing.
Share this novel