Bab 7

Romance Completed 5322

3 tahun kemudian

Sudah 3 tahun arwah Faiz meninggalkan aku. Rieq pula baru hendak berkahwin dengan teman satu universiti dengannya. Alhamdulillah! Tinggal aku sahaja yang masih solo. Mungkin Allah sedang menguji aku!

Beep! Beep!

Aku tersentak. Kenangan lama berlalu pergi. Aku kembali ke dunia realiti. Pesanan ringkas dari Rieq segeraku baca.

‘Kau dekat mana? Cepatlah datang rumah aku’

‘Lah apa masalahnya? Kau yang nak kahwin, bukannya aku’ balasku tersenyum. Sengaja mengusiknya.

‘Mak aku kata, orang yang tak kahwin lagi, kena pergi kenduri sebab mana tahu jumpa jodoh dekat sana kan?’

‘Banyaklah mak kau yang cakap! Tu kau yang cakap’ aku menggeleng-gelengkan kepala. Ada-ada sahaja si Rieq ni.

‘Aku bagi masa 10 minit. Kalau kau tak sampai jugak, kau bukan kawan aku!’ ugutnya.

‘Eleh, tak payah sepuluh minit, 1 minit pun aku dah boleh sampai’

‘Sembang nak kencang. Cakap macam rumah kau belakang rumah aku pulak’

Aku menahan senyum. Derap kaki ku kawal bunyinya.

‘Bukan rumah aku yang belakang rumah kau tapi..’ mesejku tergantung. Sengaja!

“Tapi..aku yang belakang kau!” jeritku. Dia segera berpaling. Muka terkejut!

“Kau ni!” protesnya. Aku hanya gelak dan terus gelak.

“Dah jom pergi masjid. Karang orang ingat aku nak culik pengantin lelaki pulak” aku melepaskan tawanya. Dia meluku kepalaku dengan telefon bimbit. Muncung bibirku tanda merajuk. Giliran dia pula ketawa. Tangan ditalakan pada muncungku. Eleh, jeleslah tu sebab tak boleh buat muncung macam ni!

“ANNIDEA FARAIMI..?” tanya seseorang di sebelahku. Aku yang sibuk membelek telefon segera menoleh. Dekat kenduri si Rieq ni, manalah aku kenal jiran-jiran dia. Sesekali tu aku senyum jelah, tapi larat nak senyuman setiap masa.

“Excuse me! Do I know you?” tanyaku sopan seraya menghadiahkan senyuman.

“Fawwaz Alif ” dia memperkenalkan dirinya.

“Macam familiar..” bisikku perlahan. Minda cuba memproses nama yang disebut tadi.

“Your first boyfriend.” dia mengeluarkan satu statement yang boleh menyebabkan aku mati tersedak air. Nasib tak tersembur air dalam mulut. Oh My Allah! Fawwaz? Budak poyo? Tak mungkin berubah sampai macam ni.

“Fawwaz budak poyo?” soaku tidak sengaja. Dia tersenyum lantas mengangguk. Mak aih! Handsome siot.

“Yes. Fawwaz budak poyo…”

“I thought we still couple right?” soalnya pula.

“Hah?”

“We never ended our relationship. Awak tinggalkan saya tanpa sebarang khabar ” katanya lagi. Erk! Yeke? Kenapa aku tak ingat? Alah, dah bersalah! Tak ada maknanya kau nak ingat Ann oi!

Burrr!

Ha kan dah kata. Basah wajahnya dengan semburan dariku. Aku segera mencapai tisu dan memberikan kepadanya.

“Sorry! Tak sengaja” pintaku.

“It’s okay dear” dia tersneyuman dan membersihkan wajah.

“So, can I?”

“Huh??” aku blur!

“Boleh saya sambung semula ikatan cinta kita? Tapi dengan cara yang sah” ujarnya berselindung di sebalik niat sebenar.

Pipiku merah. Malu! Perlahan-lahan aku mengangguk. Semoga dia jodoh aku dari-Nya. Tidak perlu terburu-buru, pelan-pelan saja. Jika dia jodoh untukku sejauh mana pun kami terpisah, bila sampai waktunya kami akan menyatu…

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience