TELEFON bimbit berjenama iPhone itu ku lempar di atas katil. Sebal rasanya hatiku sekarang ini. Kata-kata Faiz sebentar tadi seolah-olah meletakkan aku di carta terakhir dalam hatinya. Salahkah aku memintanya menemaniku ke majlis reunion?
Beep! Beep!
Satu pesanan ringkas masuk. Aku segera membukanya. Mana tahu Faiz berubah fikiran?
Sekali lagi iPhone itu menjadi mangsaku. Kali ini ku lemparnya pula pada dinding. Skrin yang retak itu aku abaikan. Apalah sangat skrin yang retak itu jika hendak dibandingkan dengan hatiku sekarang.
Faiz bukannya berubah fikiran malah dia hanya menghantar mesej menyatakan maafnya kerana tidak dapat menemani aku ke majlis itu.
Arghh! Faiz memang tak sayang aku!
Aku mengambil bantal di sisi lalu menekup mukaku. Malam itu, aku tidur dengan hati yang sebal!
“ANN..Ann.. kau okey?” panggil Rieq sambil melambai-lambai tangan di hadapan wajahku. Aku tersentak. Hilang kenangan yang berlayar di mindaku tadi.
“Erk! Aku okey” dalihku. Masakan aku hendak menceritakan segala kekesalanku sedang Rieq juga dilanda perasaan kesal. Aku tidak mahu membebankan lelaki itu. Kasihan dia.
“Jom turun bawah…Budak-budak ini ada dekat bawah. Hari ni kita berbuka dekat luar sahajalah. Aku belanja..” pelawa Rieq.
Aku menggeleng perlahan. Cuba menolak pelawan Rieq tanpa menyebabkan hatinya terguris. “Tak apalah, aku makan di sini saja. Aku nak tunggu Faiz. Kau pergilah dulu..”
“Okey but kau ada nak tempah apa-apa tak?” tanya Rieq prihatin. Mungkin dia memahami gelodak jiwaku sekarang.
“Tak..” jawabku ringkas.
Rieq mengangguk seraya berlalu pergi. Aku menghantar langkahnya dengan sebuah keluhan. Hmm, kenapalah Fiz yang sakit? Kenapa bukan Rieq? Astagfirullah! Tak baik begitu. Hatiku yang gundah-gulana itu segera ku tenangkan. Bimbang melawan takdir pula.
Azan Maghrib kedengaran berkumandang. Aku segera menuju ke surau yang disediakan pihak hospital bagi menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.
Usai menunaikan solat, aku kembali ke tempat tadi. Mama Zita dan Papa Syah turut berada di situ. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan seperjuangannya yang lain. Aku bersalaman dan berpelukan dengan Mama Zita. Wanita itu tabah sekali. Aku pula yang kecundang dek tidak dapat mengawal emosi.
10 minit berlalu…
Pintu bilik bedah terbuka. Seorang lelaki memakai tag nama Rishad menghampiri kami.
“Ahli keluarga Faiz?” tanyanya. Segera papa Syah dan mama Zita mengangguk.
“Maafkan kami Encik, Puan..Kami dah cuba sedaya upaya kami bagi menyelamatkan anak Encik dan Puan tapi kanser perutnya sudah memasuki peringkat keempat. Sabarlah Encik, Puan..Allah lebih menyayanginya” selepas berkata, doktor itu menepuk perlahan bahu papa lalu melangkah pergi.
Berita yang baru dikhabarkan tadi bagaikan halilintar yang menyerang bumi! Aku jatuh terjelepok di atas lantai. Aku seakan-akan tidak percaya dengan berita yang aku dengari tadi.
“Faiz……” aku menyebut namanya. Juraian air mata membasahi pipiku. Mama Zita memelukku. Dia turut menitiskan air mata. Papa Syah memandang sayu ke arah kami. Rakan-rakan Faiz yang lain sedang berpelukan sesama sendiri. Mereka turut sedih dengan berita yang baru disampaikan oleh doktor tadi.
“Mama Zita…Ann na..Nak tengok dia” aku cuba mengawal suara.
Mama Zita memapahku untuk bangun dari rebah. 3 orang jururawat sedang menolak jenazah Faiz keluar dari bilik bedah. Sampai di hadapan kami, mereka berhenti. Aku menggagahkan diri untuk menatap muka Faiz buat kali terakhir.
Terketar-ketar tanganku menarik kain putih yang menutupi wajah kesayanganku itu. Wajahnya tetap sama. Ada secalit senyuman di wajah kaku itu. Aku menangis lagi. Tubuh Mama Zita aku rangkul. Dia menepuk-nepuk perlahan belakangku.
Jasad Faiz sudah dibawa pergi. Pertama kali aku lihat air mata Rieq mengalir. Bukan kerana putus cinta tetapi kerana kehilangan seorang sahabat sejati. Dan aku? Aku juga turut bersedih atas kehilangan seorang kawan merangkap kekasih.
“Ann ikut Mama Zita balik ya? Sediakan apa yang patut. Papa Syah nak pergi uruskan jenazah” utus Papa Syah.
“Uncle, biar kami yang uruskan liang lahad” kata Izz, sahabat merangkap geng 125ZR Faiz.
“Kalau itu cakap kamu, uncle ikutkan saja..Terima kasih yang tak terhingga uncle ucapkan” Papa Syah tersenyum segaris. Meskipun lelaki itu tidak menangisi pemergian ananya dengan air mata, namun siapa tahu hatinya?
Aku mengikut Mama Zita pulang. Urusan di hospital telah pun diserahkan pada Papa Syah. Urusan di tanah perkuburan pula, rakan-rakan Faiz telah mengambil alih.
MALAM kian gelap. Bunyi unggas menjadi peneman aku kala ini. Aku memandang dada langit. Sepi! Tiada bintang yang menghiasi. Tiada bulan yang memancarkan cahaya. Semuanya bagaikan bersedih atas pemergian Faiz. Petang tadi, selesai sudah majlis pengebumian arwah Faiz. Baba dan Umiku pula sudah berangkat pulang ke Pahang atas urusan perniagaan. Mereka juga turut bersedih atas pemergian Faiz. Aku terdengar derapan kaki seseorang menghampiriku. Malas untuk berpaling menyebabkan aku tetap statik tanpa sebarang pergerakan.
“Ann, sabarlah ya” cetus Mama Zita dari belakang lalu melabuhkan duduk di sebelahku. Aku melemparkan senyuman hambar kepadanya.
“Ann memang dah sabar Mama Zita. Kalau Ann tak sabar, petang tadi lagi Ann dah meraung dekat kubur dia”
“Mama Zita pun sedih..Tapi nak buat macam mana kan?”
“Tapi ma…Ann rindu dia..” empangan mataku pecah. Air mata mengalir.
“Sebelum dia admit ward, dia ada pesan dekat mama…”
“Pesan?” tanyaku ingin tahu.
“Dia pesan dekat Mama Zita dan Papa Syah supaya jaga Ann macam anak kami sendiri..Dia minta kami cari pengganti untuk Ann..Dan dia juga suruh Ann masuk bilik dia, lepas seminggu dia meninggal” luah Mama Zita. Air mata seorang ibu tumpah jua.
Aku tersedu-sedan mendengar amanah dari Faiz itu. Ya Allah, cubaan apa yang kau berikan padaku ini? Aku tak kuat!
“Tiada sesiapa yang dapat ganti dia dalam hati Ann” ujarku pendek. Mama Zita menggeleng tanda tidak setuju.
“Allah sayangkan hambaNya. Dia ambil seorang, dia ganti dengan yang lain. Ann kena percaya pada takdir. Dah tertulis jodoh Ann bukan dengan Faiz, nak buat macam mana kan?” Mama Zita mengelus pipiku. Aku melepaskan keluhan kecil. Dada langit terus aku renung.
Share this novel