Bab 1

Romance Completed 5322

Tiga tahun lepas

Mataku tak lekang dari memandang sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil hospital. Air mata yang menitis segera aku seka. Bimbang sekiranya dilihat jasad yang lemah itu.

Faiz membuka matanya perlahan-lahan. Kepala dipalingkan ke arahku. Dia melemparkan senyuman. Senyuman yang penuh kehambaran. Senyuman di sebalik kesakitan.

“Kau rehatlah dulu…” kataku kepadanya.

“Aku rindu kau…” suaranya lemah sekali. Aku cuba menahan empangan mata yang kini menunggu masa untuk pecah.

“Aku pun rindu kau..” aku tewas! Sekali lagi air mataku mengalir.

Terketar-ketar tangan Faiz menghulurkan tisu kepadaku. Aku menyambutnya.

“Kau tak boleh menangis lagi..Kau kena tabah sebab lepas ni tak ada lagi orang yang nak hulurkan tisu bila kau sedih..” katanya tersenyum.

“Ke..kenapa ca..cakap macam tu?” aku cuba bertutur meskipun tersedu-sedan akibat menangis.

“Lepas ni aku tak boleh lagi berada di sisi kau. Tak ada lagi orang yang akan usik kau, marah kau dan cemburu dengan kau..”

“Janganlah..” belum sempat aku menghabiskan ayat, dia menunjukkan isyarat supaya berdiam.

“Dengar aku nak cakap, kau kena tabah, kuat…Cuba cari pengganti aku. Aku tak nak tengok kau sedih sebab bila kau sedih aku juga turut sedih. Maafkan aku kalau selama ni aku ada buat salah pada kau..Aku ada sakitkan hati kau. Halalkan makan minum aku..” bicaranya kadangkala terhenti dek kerana perasaan sebak yang cuba dikawalnya.

“Aku maafkan kau. Aku pun nak minta maaf pada kau”

“Kau tak ada salah pada aku.. Aku nak kau tahu, kau berada di carta nombor enam dalam hati aku selepas Allah, Rasulullah, Islam, Mama dan Papa.” tangannya cuba membentuk bentuk hati.

“Maaf cik, pesakit perlu dibawa ke bilik pembedahan sekarang” seorang jururawat mengetuk pintu dan memaklumkan perkara itu. Aku hanya mengangguk lalu bangun dari kerusi.

“Ingat jangan sedih. Allah ada bersama hambaNya. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Sampaikan salam aku pada kawan-kawan kita. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Sekali lagi maafkan aku sebab tak ada di sisi kau pada hari raya ni. Assalamualaikum sayang” dia sempat memberi nasihat dan melemparkan senyuman yang manis sebelum dibawa pergi oleh tiga orang jururawat.

Aku terduduk di atas kerusi. Faiz, insan yang bertakhta di hatiku. Mulanya hanya sebagai rakan kini bertukar menjadi kekasih hati. Entah mengapa aku berasa bahawa dia akan pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Mukaku yang basah dengan air mata, aku biarkan. Kaki perlahan-lahan kuangkat menuju ke pintu. Sebelum memulas tombol pintu, aku sempat menoleh sekilas ke belakang. Satu figura yang dicipta imaginasiku sendiri mulai memunculkan diri. Kelihatan Faiz sedang tersenyum manis sambil melambaikan tangan padaku. Figura itu semakin menjauh dan menjauh.

Aku menangis lagi. Air mataku begitu murah saat ini. Perlahan-lahan aku membuka pintu. Langkah ku atur ke ruangan menunggu yang disediakan di sebelah pintu masuk wad itu.

“Ann, mana Faiz?” tanya Amrul Zarieq atau lebih dikenali dengan nama Rieq.

“Dia dah masuk bilik bedah” kataku cuba menahan sedu. Malu jika tertangkap dengan Rieq.

“Ya Allah, aku lambat! Aku teringin nak jumpa dia” Rieq melurut rambutnya kasar. Sesal kerana terlambat. Dalam banyak-banyak rakan Faiz, Rieq lah yang paling rapat dengannya. Kekangan masa sebagai seorang penuntut di salah sebuah universiti di luar negara membataskan dia untuk segera pulang bertemu Faiz.
“Yang lain-lain mana?” tanyaku.

“Dia orang dalam perjalanan. Tadi ada doa selamat sikit dekat surau taman perumahan Faiz” terangnya. Dia mengambil tempat di sebelahku. Mukanya diraup. Jelas terpancar raut sedih pada wajah tampan itu.

“Ann….Aku..aku rasa bersalah” dia serba tidak kena. Matanya menatap mataku. Aku melemparkan senyuman.

“Sabarlah Rieq. Kita doakan dia selamat. Kalau nak ikut menyesal, aku pun menyesal” aku cuba menenangkannya. Dalam hatiku, terselit juga perasaan menyesal. Menyesal kerana merajuk dengan Faiz. Peristiwa sebelum ini kembali terlayar di mindaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience