BAB 1

Romance Completed 3940

"Ma, kalau orang nak kahwin ma kasi tak?" Safuan sudah nekad kali ini. Hasrat hati harus dipenuhi.

"Hah? Betul ke ni Wan? Ya Allah. Buat apa mama nak larang. Dah lama mama tunggu saat ni. Tapi siapa calonnya?" Soal puan Asrina.

"Nuraisyah." Safuan menjawab.

Puan Asrina terkejut bila nama Nuraisyah yang meniti di mulut Safuan.

"Kamu ni biar betul Wan. Nuraisyah terima ke kamu lepas apa yang kamu dah buat pada dia?" Puan Asrina melepaskan satu keluhan.

Bukan dia tidak suka. Malah, kalau benar Safuan dan Nuraisyah berjodoh, dia mahu buat majlis besar-besaran.

Itu impiannya. Dia memang berkenan pada Nuraisyah.

Sejak pertama kali Safuan membawa Nuraisyah ke rumah, nalurinya kuat mengatakan Nuraisyah memang sesuai untuk Safuan.

Nuraisyah seorang gadis yang lemah lembut, tahu menghormati orang tua, pandai bawa diri.

Pendek kata, dia serba serbi ada ciri-ciri menantu pilihan. Tidak seperti gadis-gadis yang Safuan pernah kenalkan padanya sebelum itu.

Ada saja yang tidak kena. Hatinya langsung tidak berkenan pada mereka. Lain pula halnya bila dia mengenali Nuraisyah.

Puan Asrina memang sangat bersetuju andaikata Safuan memilih Nuraisyah sebagai pasangan hidup. Tapi, apakan daya.

Dia hanya seorang ibu. Dia tidak mahu memaksa Safuan. Biarlah dia sendiri yang memilih dan membuat keputusan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience