BAB 2

Romance Completed 3954

Puan Asrina tahu Safuan pernah melukakan hati Nuraisyah. Itupun dia tahu selepas anak bongsunya Nana menceritakan pada dia.

Dia hanya mampu menasihati anak lelakinya itu. Selebihnya, terpulang pada Safuan.

Dari cerita yang dia tahu, Safuan mempunyai kekasih lain selain Nuraisyah. Apa puncanya pun dia tidak tahu.

Nana dan Nuraisyah memang rapat. Sifat peramah dan penuh kelembutan itu membuatkan Nana senang untuk berdampingan dengan Nuraisyah.

Selepas mendapat tahu abangnya ada perempuan lain, Nana menghubungi Nuraisyah.

Ternyata abangnya memang berlaku curang dengan perempuan bernama Ayu.

Nuraisyah tidak memberitahu apa punca sebenar mereka bergaduh sehingga Safuan mencari perempuan lain.

Nana tersentuh dengan Nuraisyah. Walaupun Safuan sudah curang, tetap sahaja dia tenang.

Katanya, dia redha dengan apa yang berlaku. Mungkin Allah mahu menguji hubungan mereka.

"Kalau kamu dengan Ayu, macamana dengan Nuraisyah ? Kamu dah putus ke dengan Nuraisyah ?" Puan Asrina bertanya pada suatu malam.

Niatnya bukanlah mahu mencampuri urusan mereka. Dia tidak mahu Safuan tersalah membuat keputusan.

Safuan senyap. "Ma, Wan dengan Nuraisyah tak ada apa-apa lah."

Puan Asrina terkejut mendengar kata-kata Safuan. Bagaimana boleh tak ada apa-apa.

"Tak ada apa kamu kata? Habis yang kamu usung dia ke sana ke mari tu kenapa? Mama tak sukalah Wan buat anak orang macam tu." Kata puan Asrina tegas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience