BAB 4

Romance Completed 3940

Berkali-kali Safuan mendail nombor yang sama. Tapi hampa. Panggilannya langsung tidak berjawab.

Pesanan ringkas yang dihantar juga tidak berbalas biar satu. Ke manakah Nuraisyah ? Hatinya mulai resah. Tidak senang duduk dia.

Safuan menjadi buntu. Sudah hampir seminggu Nuraisyah menghilang. Nombor telefonnya juga sudah tidak aktif.

Sakit hati Safuan bila hanya operator yang setia menjawab panggilannya. Safuan cuba juga menjejaki Nuraisyah di fac, tapi gagal.

Nuraisyah sudah nyahaktifkannya.

Tidak pernah Nuraisyah berkelakuan sebegini.

Ah! Mungkin inilah balasan bagi Safuan. Sebelum ini, bila Nuraisyah menghubunginya langsung tidak diendahkan.

Bukan dia tidak suka tapi entah kenapa Nuraisyah yang menjadi mangsa mendapat layanan sebegitu teruk darinya.

Hanya tinggal seminggu lagi untuk dia pulang bercuti. Dia nekad untuk mencari Nuraisyah.

Seminggu sebelumnya..

"Maafkan saya. Saya tak ada niat nak lukakan hati awak." Tutur Safuan ketika mereka bertelefon.

Masih kedengaran sisa tangisan Nuraisyah di hujung talian. Dia tahu, Nuraisyah pasti kecewa kerana Nuraisyah yang tahu sendiri tentang hubungannya dengan Ayu.

"Tak apalah Safuan. Saya tahu. Saya tak salahkan awak. Saya cuma kecewa, kenapa awak tak berterus terang aje dengan saya yang awak ada Ayu?"

Safuan dihambat rasa bersalah. Ternyata Nuraisyah penyabar orangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience