BAB 5

Romance Completed 3940

Sangkanya Nuraisyah akan marah dan meninggikan suara. Tapi sebaliknya yang berlaku.

Tangisan Nuraisyah sudah cukup membuktikan bahawa hatinya benar-benar terluka.

"Saya takut awak kecewa Nuraisyah." Hanya itu jawapan yang mampu diberikan Safuan.

Sungguh dia tidak mahu Nuraisyah terluka. Sudah terlalu lama Nuraisyah menahan luka.

"Saya memang dah terluka. Dahlah Wan. Saya penat, saya mengantuk. Saya nak tidur dulu. Maafkan saya." Panggilan dimatikan.

"Nanti dulu. Meera, Meera." Safuan terlambat. Dia cuba mendail semula nombor Nuraisyah.

Tidak dijawab. Nampaknya kali ini Nuraisyah benar-benar terluka. Safuan menjadi bingung. Mungkin Nuraisyah perlukan masa.

Dan itulah perbualan terakhir mereka sebelum Nuraisyah tiba-tiba menghilangkan diri.

Sungguh Safuan digigit rindu. Kenapa Nuraisyah tiba-tiba menghilang? Benci sudahkah dia?

Hari yang dinanti sudah pun tiba. Tidak sabar rasanya Safuan untuk pulang bertemu keluarga tercinta.

Wajah Nuraisyah juga sudah mulai menghuni fikirannya. Terbayang wajah Nuraisyah yang ceria itu.

Safuan mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia ingin memberitahu Nuraisyah bahawa dia pulang hari ini kerana hanya Nuraisyah sahaja lagi yang belum tahu tentang kepulangannya.

"Assalamualaikum. Awak, saya rindukan awak sangat-sangat :)"

Delivered!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience