BAB 3

Romance Completed 3940

Ikutkan hatinya, mahu saja dia satukan mereka berdua sekarang juga. Dia tidak mahu anaknya mempermainkan hati sesiapa.

Dia tidak kisah pun siapa pilihan hati Safuan kerana empunya diri lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya.

Tapi janganlah sampai melukakan hati perempuan.

"Orang tak tau lah ma. Orang sayangkan Nuraisyah. Tapi.." Safuan berhenti dari meneruskan kata-katanya.

Mamanya tidak perlu tahu hal ini. Biarlah ianya menjadi rahsia antara dia dan Nuraisyah.

Tapi benar. Dia sayangkan Nuraisyah. Dia cukup terharu bila seluruh keluarganya menyenangi Nuraisyah.

Bagi Safuan, restu keluarga itu penting. Tapi sekarang terasa semuanya sudah tidak berguna lagi.

"Tapi apa? Wan, mama tak kisah sebenarnya kamu nak pilih siapa. Nuraisyah ke Ayu. Tapi ingat, jangan suka mainkan hati orang. Allah tu Maha Adil. Hari ni kamu mainkan hati orang, esok-esok orang lain pula yang mainkan hati kamu." Puan Asrina mengingatkan.

Safuan tahu dia pernah melukakan hati Nuraisyah. Bukan sekali, tapi berkali-kali.

Dan anehnya, Nuraisyah tetap sahaja bertahan dan menerimanya. Ternyata benar cinta itu buta.

Selepas apa yang pernah terjadi, Safuan sudah nekad. Hanya Nuraisyah yang ada di hati. Bukan Ayu, atau siapa-siapa. Hanya Nuraisyah Nadirah.

Safuan beristighfar. Dadanya diurut perlahan-lahan. Sungguh ngeri mimpi yang baru dialaminya.

Nuraisyah terlibat dalam kemalangan! Sebuah kereta melanggarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience