BAB 7

Romance Completed 3940

Safuan tidak sabar menunggu hari esok. Dia sudah tidak mahu bertangguh. Dia sudah sedia untuk memperisterikan Nuraisyah.

Cintanya pada Nuraisyah tak pernah berkurang. Hanya dia yang melakukan kesilapan.

"Safuan ?" Nuraini, adik kepada Nuraisyah terkejut bila Safuan tiba-tiba muncul di depan rumahnya. Dan Safuan tidak berseorangan.

"Masuklah dulu." Pelawa z. Inilah pertama kali Safuan datang ke rumah. Dia memang sudah mengenali Safuan kerana Nuraisyah pernah memperkenalkan dia pada Safuan.

"Ma, ini Safuan. Orang yang Nuraisyah pernah cerita dulu. Yang ni mak cik Aina, mama Safuan." Nuraini memperkenalkan.

"Ada apa kamu datang ni Safuan ?" Soal puan Jusni, mama kepada Nuraisyah dan Nuraini.

"Saya datang bawa hajat besar mak cik. Saya.." Safuan tidak meneruskan kata-katanya. Tiba-tiba dia berasa gugup.

"Kenapa dengan kamu Safuan ?" Puan Jusni menyoal.

"Saya nak jadikan Nuraisyah Nadirah sebagai isteri saya yang sah mak cik." Safuan berterus terang akhirnya.

Puan Jusni dan Nuraini terkejut mendengar kata-kata Safuan.

Memperisterikan Nuraisyah Nadirah? Tapi mana mungkin?

Nuraisyah Nadirah sudah dijemput Ilahi seminggu yang lalu. Dia meninggal selepas dilanggar sebuah kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience