BAB 6

Romance Completed 11097

Aku baru sahaja menerima SMS daripada Hana untuk bertemu denganku. Hampir setahun aku tidak bertemu dengannya semenjak dia kahwin dengan Azrul. Aku hairan apa tujuannya mahu berjumpa denganku. Adakah ini ada kaitan dengan Azrul? Adakah dia tahu yang Azrul sering bertemu denganku? Pelbagai andaian dan persoalan bermain di fikiranku. Aku mengharapkan pertemuan ini berlaku secara harmoni walaupun mungkin isu Azrul mungkin timbul. Namun tujuan utama aku bersetuju untuk bertemu dengannya adalah kerana ingin melepaskan rinduku padanya, kawan baikku yang aku sanjungi selama ini. Ketepikan siapa suami dia, yang pasti persahabatan kami tetap terpelihara walau apapun yang berlaku.

"Leeya..," sapa Hana yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Wajahnya kelihatan suram.

"Owh, Hana..how are you?"

Soalku sambil menghulurkan salam untuk bersalam. Dia merenungku tajam. Dalam sekelip mata, tangannya hinggap di pipiku. Terasa perit sekali. Tidak aku sangka Hana akan menamparku sebegitu rupa.

"Hana..why?"

Soalku hairan. Air mata mula bergenang di tubir mataku.

"Kau tanya kenapa lagi? Kau tu perampas suami aku! Aku tak sangka kau musnahkan hidup kawan kau sendiri! Kawan jenis apa kau ni hah!"

Bertubi-tubi herdikan yang dilontarkan kepadaku dengan tiba-tiba. Aku terkesima.

"Hana..apa maksud kau. Aku tak pernah nak rampas suami kau. Dia hak kau..dia tak ada kena mengena dengan aku..," kataku sebak.

Sungguh tidak sangka yang Hana akan menuduhku melulu.

"Ooo tak pernah nak rampas ye..tak ada kena-mengena ye..ini apa hah?! Gambar kau bersepah-sepah dalam bilik dia!"

Hana melemparkan beberapa keping gambar ke wajahku. Hana benar-benar berang denganku. Aku memerhatikan wajah-wajah di dalam gambar tersebut. Ye..itu adalah gambarku bersama Azrul sewaktu ketika dahulu dan beberapa gambarku sewaktu aku belajar di Ireland. Aku mengutip perlahan-lahan gambar itu. Ternyata Azrul masih menyimpan kenangan kami bersama. Azrul masih tidak dapat menerima kenyataan yang aku bukan lagi miliknya. Air mata yang kutahan akhirnya tumpah jua.

"Leeya..sampai hati kau. Kenapa kau buat aku begini?"

Suara Hana semakin mengendur. Seketika kemudian terdengar esak tangisnya.

"Hana..dengar dulu penjelasan aku..," kataku dalam sendu sambil cuba memegang bahunya namun dia pantas menepis.

"Sudahlah! Kerana kau aku keguguran! Kerana kau rumah tangga aku hancur! Kerana kau Azrul tinggalkan aku! Kaulah punca semua penderitaan aku! Kau pemusnah hidup aku!"

Hana seperti terkena serangan histeria. Dia menjerit seperti orang tidak sedarkan diri. Orang ramai yang lalu di situ mula memberi tumpuan kepada kami. Aku semakin tertekan. Hatiku semakin terguris mendengar kata-katanya. Hana keguguran kerana aku? Azrul tinggalkan dia kerana aku? Akulah puncanya? Soalan-soalan itu aku ulang di dalam hati yang sekali gus menyesakkan dadaku. Aku kelu. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Bukan aku yang minta semua itu berlaku.

"Kenapa diam?! Betul kan apa aku kata? Sekarang, suka hatila kau tengok aku macam ni kan. Kau memang perempuan sundal! Tak ada laki lain ke kau nak cari?!Kenapa laki aku jugak kau nak?! Apa salah aku kat kau hah sampai kau buat aku macam ni?!"

Aku semakin tergamam. Kata-kata kesat yang menyentuh telingaku benar-benar membuatkan hatiku panas lebih-lebih lagi apabila semakin ramai orang yang menonton adegan pertengkaran kami. Tidak kurang juga ada yang memandang jelek kepadaku.

"Stop!"

Aku menjerkahnya tiba-tiba. Hana terdiam seketika, terkejut apabila disergah begitu. Air mataku semakin lebat mengalir. Terasa diri aku begitu hina. Aku kecewa kerana orang yang menghinaku itu adalah kawan baik aku sendiri. Walaupun begitu, aku tekad akan menceritakan hal sebenar kepadanya. Aku tidak sanggup lagi dihina.

"Hana..Dengar sini. Kalau kau nak tahu, Azrul bekas teman lelaki aku. Sudah lebih 7 tahun Hana kami bercinta..semenjak kita di MRSM lagi. Tapi kami merahsiakan hubungan kami kerana kami tidak mahu menimbulkan kontroversi di sekolah kita. Dia pernah berjanji ingin kahwin denganku 5 tahun dulu, sebelum aku pergi Ireland tapi bila aku balik sini tak sangka dia menjadi suami kau. Aku sangat kecewa masa tu Hana..aku lebih kecewa dari kau sekarang. Bayangkan penantian aku selama 5 tahun berakhir begitu sahaja..tapi Hana..tak pernah terniat pun dalam hati aku untuk mengkhianati persahabatan kita. Tak pernah terniat pun nak merampas kembali dia dari kau. Tak pernah..Ye benar..Azrul banyak kali cari aku tapi aku sedar, dia dah jadi suami orang, suami kau. Aku tak pernah layan segala rayuan dia selepas kau kahwin..aku tak mahu kau kecewa..tapi tak sangka dia sanggup tinggalkan kau macam tu. Percayalah Hana nasib kita serupa..kita sama-sama dikecewakan oleh lelaki yang sama, lelaki yang tidak bertanggungjawab.Pentingkan diri sendiri," sayu aku menuturkan kata-kata itu dalam sendu.

Hana seperti tergamam mendengar ceritaku. Dia terduduk di situ kerana terlalu terkejut. Aku tahu dia tidak pernah tahu yang lelaki bernama Azrul pernah muncul dalam hidup aku kerana salah aku juga enggan menguar-uarkan kepada sesiapa tentang hubungan kami sehinggalah ke hari ini.

"Kenapa kau tak cakap awal-awal..maafkan aku Leeya..aku.." suaranya seperti tersekat di kerongkong.

Pipinya basah denga air mata. Aku menyekanya perlahan.

"It’s okay Hana..yang pasti kau sahabat aku dunia dan akhirat..," kataku lembut dan terus memeluk Hana.

Hana tidak berhenti-henti melafazkan ucapan maaf kerana berkasar denganku sebentar tadi. Syukurlah Hana faham akan situasi aku. Biarlah aku kehilangan cintaku namun aku tidak sanggup kehilangan sahabat baikku. Kata-kata penghinaan yang dia lontarkan kepadaku sebentar tadi sedikit demi sedikit hilang dari ingatanku. Aku tidak mahu memikirkannya lagi. Kejayaan mengekalkan hubungan persahabatan kami yang hampir rapuh sudah cukup menyembuhkan luka di hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience