BAB 1

Romance Completed 11097

Aku tersenyum sendirian melihat gambar-gambar kenangan manisku bersama Azrul iaitu teman lelakiku semenjak di bangku persekolahan lagi. Penuh dengan keriangan, penuh dengan kemanisan dan penuh dengan kasih sayang sudah lebih 5 tahun kami dipisahkan oleh dua benua.

Lebih 5 tahun kami terpaksa memendam perasaan rindu yang mendalam. Aku terpaksa berpisah dengannya kerana melanjutkan pelajaran di benua Eropah atau lebih tepat lagi di negara Ireland, sebuah negara yang ternyata jauh dari tanah tumpah darahku. Hanya kenangan lama yang menyuburkan rasa cintaku terhadapnya. Walaupun kami berjauhan, namun kami tidak pernah berhenti berhubung antara satu sama lain baik melalui emel, sms mahupun surat.

Hari ini adalah detik bersejarah bagiku kerana aku bakal menerima ijazah dalam bidang doktor perubatan dan sekali gus menamatkan pengajianku di sini .Setelah lebih 5 tahun berhempas pulas mengerah tenaga dan minda untuk bergelar seorang doktor, akhirnya aku berjaya mencapai matlamatku yang satu itu. Alhamdulillah..Allah telah mempermudahkan segala urusanku. Tidak lama lagi aku akan pulang ke tanah air untuk menemui kedua ibu bapa tercinta dan yang paling aku nantikan adalah untuk menemui Azrul, jejaka yang aku rindui setelah sekian lama. Kini dia sudah bekerja di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur selaku jurutera. Dia pernah berjanji sewaktu ketika dahulu yang dia akan menantiku hingga ke akhir hayatnya dan dia pasti akan menjadikan aku suri hidupnya sehingga ke anak cucu. Janjinya tidak pernah aku lupa dan aku pasti Azrul tidak akan memungkirinya kerana Azrul yang aku kenali adalah seorang yang tidak pernah mengenal erti mungkir janji. Senyumanku semakin melebar apabila mengingatkan janji itu.

Mataku berkalih pula kepada sampul surat berwarna pink yang bercop pos Malaysia yang belum aku lihat lagi isi kandungannya. Surat ini sudah seminggu aku terima namun dek kerana terlalu sibuk untuk menyelesaikan urusan graduasi, aku hampir terlupa kepada surat ini. Aku tersenyum simpul. Pasti ini surat dari Azrul kerana hanya dia yang tahu yang aku memang suka kepada warna pink sehinggakan sampul surat dan surat pun berwarna pink .Aku terus membukanya. Tidak sabar-sabar aku untuk mengetahui isi kandungannya. Aku menarik perlahan kad yang turut berwarna pink. Baunya wangi semerbak. Di samping kad itu terdapat surat berwarna putih. Aku membaca sekilas surat itu. Ops, sangkaanku ternyata sekali meleset kerana surat itu sebenarnya dari kawan baikku Hana . Sebaik sahaja membaca surat itu, aku melonjak riang. Gembiranya hatiku apabila mengetahui Hana akan berkahwin tidak lama lagi. Rupa-rupanya kad yang aku terima itu adalah kad kahwinnya. Ish, tidak sabar rasanya untuk mengetahui siapa bakal suaminya yang bertuah itu.Setahu aku Hana adalah perempuan yang tidak mudah untuk jatuh cinta. Tidak sangka pula dia lebih cepat kahwin dari aku. Berita gembira yang aku terima membuatkan aku tidak sabar-sabar untuk pulang ke tanah air. Aku pasti datang ke majlis perkahwinannya yang akan berlangsung 2 minggu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience