BAB 4

Romance Completed 11097

Aku memerhatikan bunga ros merah yang terdampar di atas mejaku. Aku memerhatikan ucapan yang tertera di kad bercorak bunga mawar yang terletak pada bunga itu.

Leeya my sweetheart...

I always love you where ever I go.
Please forgive me..I didn’t meant it..
I miss you so much sayang..

Azrul

Aku mencebik. Azrul ni memang tidak sedar diri! Sudah beristeri tetapi masih ingin bermain kayu tiga. Sudah masuk 3 bulan aku menerima bunga-bunga daripadanya dan selama itulah bunga-bunga itu tidak pernah aku simpan sebaliknya sentiasa menjadi makanan tong sampah dan kadang-kadang aku hadiahkan kepada staffnurse di sini. Haram aku nak bawa balik bunga daripada lelaki itu. SMS dan panggilan telefon daripadanya tidak pernah aku balas. Tidak guna aku melayannya. Cukuplah dia mengkhianati janjinya kepadaku, aku tidak mahu dia mengkhianati cinta Hana padanya pula.

‘Jangan mimpilah Azrul, sekali kau dah menghancurkan hatiku, selama-lamanya aku tidak akan maafkan kau!’

Gumanku di dalam hati. Parut luka dihatiku yang dia tinggalkan masih tidak kering darahnya. Kesetiaan yang aku sanjungi selama ini terang-terangan dikhianati. Tidak kusangka panas yang aku harapkan hingga ke petang rupa-rupanya berakhir dengan hujan di tengah hari. Walaupun hatiku masih terasa ngilu, namun aku bertekad tidak akan membiarkan air mataku menitis lagi kerana lelaki yang tidak guna itu!

"Leeya!"

Hampir terjatuh bunga dalam peganganku apabila disergah begitu. Yang ni lagi seorang, suka sangat menyakat aku dan selalu muncul tiba-tiba di saat aku tengah mengelamun. Aku merengus geram.

"Faiz, you ni kan selalu macam ni!"

Marahku. Aku tengah panas hati ni boleh pula dia menjerkahku begitu.

"Im sorry..Tak adalah..I tengok you dari tadi dok renung bunga tu je. Macam nak makan pun ada.Your boyfriend kasi ye..,"

Faiz mula menyerkap jarang. Dia kemudian duduk di atas meja bersebelahan denganku.

"Boyfriend? Mana ada? Entahlah, monyet mana entah yang hantar kat I. Malas I nak layan," jawabku selamba dan kemudian berjalan ke tong sampah lalu membuang bunga itu di situ.

"Hey Leeya! What are you doing? Kenapa you buang bunga tu? Sayangnya.."

Terkejut bukan kepalang Faiz melihat aku membuang bunga itu. Aku hanya tergelak melihat reaksinya.

"I nak simpan buat apa? Buat menyemak je.."

" You ingat bunga tu murah ke? Bunga hidup pulak tu. Kesian orang tu, kasi bunga tapi you buang macam tu je. Ish, kalau I punya girlfriend macam tu la..I tak suka!"

Ish, menyibuk pula Faiz nih. Aku mencemik. Suka hati akula.

"Habis tu, dah tahu I tak suka bunga tapi dia kasi juga. So, salah dialah. Bila I tak nak I buanglah," jawabku tanpa rasa bersalah.

"Ish I tak faham lah dengan you ni. You ni..bla..bla..bla..," panjang betul leterannya namun kata-katanya ibarat masuk ke telinga kiri ,keluar ke telinga kanan.

Nama je lelaki tetapi berleter mengalahkan mak nenek. Aku tidak menghiraukan leterannya yang masih belum habis, sebaliknya aku kembali meneliti folder pesakit di hadapanku. Faiz merupakan teman sekerjaku. Aku mengenalinya ketika mula-mula aku menjejakkan kaki selaku House Officer di Hospital Selayang. Dia Medical Officer di sini. Walaupun dia lima tahun lebih tua dariku namun keramahannya dalam berkomunikasi menyebabkan aku senang berkawan dengannya. Dia tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar kepadaku sepanjang aku bekerja di sini. Cuma, kadang-kadang aku rimas dengan sikapnya yang terlalu banyak cakap sehingga tidak larat aku hendak melayan setiap butir bicaranya. Rasa hendak bengkak gegendang telingaku mendengar ceritanya yang berjela-jela. Banyak modal betul nak cerita. Mungkin sebab tu lah dia tidak berkahwin hingga sekarang kerana sikapnya yang banyak cakap. Perempuan malas nak layan. Hehe..sempat lagi aku mengutuk.

"Hah! Ni mesti tengah mengumpat I dalam hati!"

Suara Faiz yang tiba-tiba berubah nada menyebabkan senyumanku mati. Tidak perasan pula, aku tersenyum seorang diri sehingga dapat dihidu oleh Faiz.

"Ish you ni, jangan menuduh I sebarangan. Mana ada I mengumpat you!"

Aku cuba menyembunyikan fikiranku. Macam ahli nujum lah si Faiz ni, semua yang aku fikir dia seperti tahu aje apa yang terkandung dalam fikiranku.

"Eleh, you senyum-senyum pun I dah tahu la..tengok pipi dah merah dah, macam pelakon opera.Haha..so cute..," sempat lagi dia menyakat aku.

Aku menjegilkan mata sambil menampar bahunya dengan folder di tanganku. Geram melihat gelak ketawanya. Dia buat lawak, kemudian dia ketawa sendiri. Tak lucu pun.

"Aduhh Mak! Sakitla! Hai macam mana you nak jadi isteri I nanti kalau gurau sikit pun kena pukul.." Aku mencebik mendengar kata-kata perasannya.

"Huh, tak ingin I jadi isteri you..tak larat I.."

Kenapa? Tak larat nak peluk I ke? Yelakan I ni sekali dah terpeluk susah nak lepas.."

Katanya sambil tersenyum nakal. Dengan spontan aku menghadiahkan cubitan ketam pada lengannya.

"Adoiii ama..sakitla mak cik! Ganas betul la tangan you ni!"

Marahnya sambil menggosok lengannya.

"Padan muka! Melalut sangat..Malas I nak layan you..dah la I banyak kerja, you datang kacau pulak. Nanti kalau bos tahu I tak buat kerja, naknya I nanti.."

Aku meneruskan agendaku yang tergendala sebentar tadi.

"Tak apa, I boleh back up. Bos kita tu kawan lepak I je.. So, tugas you sekarang kena layan I..nama lagi bakal isteri..hehe.." aku menjeling tajam kepadanya.

"Tak ada masa!"

Kataku sambil terus melangkah meninggalkannya di situ. Malas aku nak layan perangainya yang kali ini agak menjengkelkan. Kedengaran gelak ketawanya yang penuh makna. Menyampah! Tak habis-habis hendak gelakkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience