BAB 2

Romance Completed 11097

Akhirnya aku pulang jua ke tanah air. Kini aku di rumah orang tuaku. Gembiranya hati mereka tidak terkata sebaik sahaja menerima kepulanganku. Aku tidak sangka pula mereka membuat kenduri doa selamat yang agak besar juga mengalahkan kenduri kahwin. Kehadiran Azrul di situ turut menambahkan lagi kegembiraan hatiku. Dia semakin segak dan kacak di mataku. Cintanya kepadaku masih seperti dulu, malah semakin mekar walaupun berjauhan. Aku begitu teruja melihat kesetiaannya kepada cinta kami.

"Hai Leeya, termenung panjang nampak..teringat kat abang ye..," sapaan Azrul mematikan lamunanku yang entah sampai ke mana .

"Tak adalah..Leeya penatlah..belum dapat rehat lagi sejak semalam. Balik-balik je ada majlis..terkejut jugak," jawabku ceria.

Sesungguhnya penat dan lenguh-lenguh badan akibat terlalu lama duduk atas kapal terbang masih bersisa. Sekarang ditambah pula penat melayan tetamu yang datang. Tapi, tidak mengapa..bukan selalu pun majlis ini berlangsung.

"Kesiannya kat Leeya abang..tapi sayang mesti seronok kan dapat jumpa abang?" katanya lantas duduk di sebelahku.

Suaranya yang garau dan lembut cukup romantis di telingaku . Aku tersenyum manis kepadanya.

"Mestila seronok. Dah 5 tahun abang..5 tahun kita berpisah . Leeya rindu sangat kat abang..," kataku tanpa segan silu.

Aku mesti meluahkan apa yang terbuku di hati .

"Abang lagila..orang kata apa macam mandi tak lena, tidur tak basah.."

"Ish abang ni, mandi tak basah ,tidur tak lena la..kata Bahasa Melayu dapat 1A. Tapi peribahasa yang famous pun boleh tersalah..," kataku diselangi dengan gelak tawa. Azrul turur tertawa mendengar kata-kataku.

"Yela..abang kan dah lama tak sekolah. Dah lupa la..hehe.."

"So , apa plan abang sekarang?"

Soalku penuh makna. Jauh di sudut hatiku mengharapkan Azrul akan menyentuh soal kahwin.

"Plan apa tu?" soalnya kembali.

Senyuman nakal mula terukir di bibirnya .Riak wajahnya seperti sudah dapat menangkap maksudku.

"Tak ada apa-apa.." aku cuba berselindung. Buat-buat tak tahu pula si Azrul ni.

"Cakapla wahai Puteri Leeya sayang..plan apa yang tuan puteri maksudkan..," dia melunakkan suaranya membuatkan aku geli hati.

"Betul la..tak ada apa-apa..," jawabku acuh tak acuh.

"Plan apa?!"

"Kahwin!"

Sergahan daripada Azrul yang tiba-tiba membuatkan jawapan yang terbuku di hatiku terpacul keluar dari bibirku. Aduhh malunya..Azrul sudah tergelak sakan melihat telatahku. Sikapnya yang suka menyergahku begitu memang tidak pernah berubah. Boleh sakit jantung aku dibuatnya.

"Abang ni! Terukla!" Marahku tetapi dengan nada manja.

"Hah, kan senang macam tu. Straight to the point.Tak payah la nak sembunyi-sembunyi..," katanya dengan tawa yang masih bersisa. Terasa pipiku panas menahan malu.

"So?" Dalam malu, aku masih ingin tahu apakah jawapannya.

"So kita kahwinlah..," jawabnya selamba.

"Bila?"

"Amboi..tuan puteri ni macam tak sabar-sabar je nak kahwin dengan abang. Sabarla dulu..benda ni tak boleh dibuat tergesa-gesa," dia kembali mentertawakan aku.

Tidak sabar-sabar ke aku ni? Lagipun aku kini sudah berusia 25 tahun, tidak salahkan bercakap soal kahwin? Sekali lagi pipiku membahang panas. Uwaaa…malunya. Azrul tidak habis-habis mahu mengenakan aku.

"Dahla, malas nak cakap dengan Abang!"

Rajukku lantas berdiri mahu meninggalkannya namun lenganku lebih pantas dipaut.

"Sorryla sayang..abang bergurau je..Erm..buat masa ni abang tak boleh nak cakap lagi.Tapi percayalah sayang, abang pasti kahwin dengan Leeya..Cuma abang perlukan sedikit masa lagi..But please trust me okay..," suara Azrul mula berubah serius.

"Up to you..," jawabku sepatah lalu berlalu dari situ cepat seakan masih merajuk dengannya.

"Leeya! Nak ke mana tu? Tunggu abang!"

Sahutan Azrul tidak aku hiraukan.Aku saja nak mengenakan dia. Aku cuba menyembunyikan senyuman. Sebenarnya itulah jawapan yang aku nantikan dari tadi tapi aku tidak akan mempamerkan reaksiku kepada Azrul kerana aku tidak mahu dikatakan lebih-lebih pula dalam soal ini. Walaupun waktu yang tepat untuk kami membina mahligai bahagia dalam satu ikatan yang halal belum ditetapkan namun harapan yang Azrul berikan kepadaku sudah cukup untuk membahagiakan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience