"Awak nak apa lagi? Tak boleh ke awak berhenti ikut saya?"
Aku sudah letih melarikan diri daripada Azrul yang kini semakin kerap mengekoriku walau ke mana sahaja aku pergi. Sedang bersiar-siar seorang diri di taman ini bagi menenangkan fikiran di hujung minggu, alih-alih Azrul turut berada di sini. Dia seperti mata-mata gelap yang megintip setiap gerak-geriku. Aku rimas.
"Abang tidak akan berhenti ikut Leeya selagi Leeya tak terima lamaran abang..," selambanya Azrul berkata.
Aku merengus geram. Tak reti bahasa betul la mamat ni. Setelah apa yang dia lakukan kepadaku dan Hana, aku sudah tawar hati untuk menyentuh soal hati dengannya. Bagiku, rasa cintaku padanya sudah terkubur semenjak dia bergelar suami Hana biarpun kini dia sudah bergelar bekas suami.
"Awak ingat senang-senang ke saya nak terima awak lepas awak hancurkan hati saya dan lepastu awak musnahkan cinta Hana pada awak? Dahlah awak yang menyebabkan anak awak mati, kini awak nak apa lagi? Tak cukup lagi ke?!"
Aku membentak keras. Hatiku bertambah sakit apabila mendapat tahu Hana keguguran kerana terjatuh dari tangga akibat ditolak Azrul ketika mereka bertengkar.
"Leeya..saya ceraikan dia kerana saya ingin bersama awak. Lagipun dia bukan perempun yang baik. Awak jangan percaya kata-kata Hana..dia hanya mahu memutarbelitkan cerita. Saya tak ada di rumah masa dia jatuh tangga hari tu..," aku mencebik apabila Azrul cuba menafikan kata-katanya.
"Putarbelit apanya..memang ada saksi yang nampak. Ada bukti! Nasib baik Hana masih sayangkan awak, dia tidak buat laporan polis kerana cintakan awak…"
"I don’t care about that. What I care now is I love you so much..Abang nak bersama Leeya..tolonglah Leeya..Terimalah lamaran abang.."
"Azrul..saya pun nak minta tolong. Tolong terima kenyataan yang hubungan kita dah berakhir. Allah dah tetapkan yang kita memang tak ada jodoh. Kembalilah kepada Hana..saya sangat kenal perangai dia macam mana. Dia adalah wanita yang paling baik pernah saya jumpa. Hana bukan seorang perempuan yang mudah jatuh cinta. Sekali dia mencintai seseorang lelaki itu, dia akan mencintainya sehingga ke akhir hayatnya. Dan..awak bertuah kerana menjadi lelaki pertama yang dia cintai.., awak benar-benar rugi kerana mensia-siakannya..Tolonglah jangan sakiti hati dia.." kali ini aku ikhlas menuturkan kata-kata itu yang lahir dari lubuk hatiku.
Aku benar-benar berharap Azrul akan merujuk Hana kembali sebagai isteri. Aku mahu melihat sahabatku dan juga Azrul bahagia.
"Leeya.."
"Kalau awak cintakan saya..tolong kembali kepada Hana dan tolong lupakan saya..," belum sempat Azrul mengungkapkan kata aku lebih pantas memintas.
"No..No..I won’t do that! I love you honey..please be my beloved forever.."
Terkejut aku apabila Azrul tiba-tiba memelukku. Gila! Aku bukan muhrimnya! Aku cuba melepaskan diri namun pelukan sungguh kemas. Sukar untuk aku meloloskan diri.
"Lepaskan saya Azrul. Jangan jadi gila!" Tegasku.
"I love you..," kata-kata itu diulangi tanpa menghiraukan arahanku.
"Lepaskan dia!"
Pelukannya serta-merta terlepas apabila tiba-tiba Faiz muncul di situ. Aku terus berlari mendapatkan Faiz. Aku menarik nafas lega. Nasib baiklah Faiz ada di sini, jika tidak, entah apa lah yang jadi selepas ini. Nanti tidak pasal-pasal kena tangkap basah. Huish…naknya aku nanti..
"Hei, kau siapa?!"
Gertak Azrul. Mukanya berubah riak. Faiz mahu membuka mulut tapi aku lebih pantas menyampuk.
"Dia tunang saya. Tak lama lagi kami akan kahwin!"
Jawabku tegas. Azrul tergamam. Begitu juga Faiz yang tidak tahu menahu apa permasalahan yang aku hadapi kini. Aku tahu Faiz pasti menyakatku nanti.
"Leeya..please jangan main-main..bila masa Leeya bertunang. Abang tak tahu pun. Abang tahu Leeya berbohong kan?" Azrul mulai resah.
"Apa pulak berbohong. Leeya memang tunang aku. Mulai hari ni kau jangan ganggu Leeya lagi!"
Aku sedikit terkejut melihat ketegasan yang dipamerkan Faiz. Selama ini, dia tidak pernah serius dan menengking orang seperti ini tetapi kali ni..ternyata sikap dia berlainan sekali.
"Arghh! Kau jangan nak tipu aku! Leeya hak aku!! Don’t you dare to touch her!"
Azrul kini sudah menarik kolar baju Faiz. Mukanya merah menyala menahan marah. Aku terpempan melihat reaksi Azrul yang sedang berang. Inilah kali pertama aku melihat dia benar-benar marah. Faiz tidak berdiam diri. Dia terus menolak kasar tubuh sasa Azrul sehingga dia terdorong ke belakang.
"Leeya hak aku! Ini buktinya!"
Faiz menghulurkan sekeping kad jemputan kahwin kepada Azrul. Azrul pantas mencapainya. Aku hairan. Kad kahwin? Biar betul. Kad itu terlepas dari tangannya apabila melihat nama yang tertera di kad itu. Wajahnya berubah mendung. Aku turut membacanya dalam diam. Leeya & Faiz..hah?! Mustahil!
"Leeya..walau apa pun yang berlaku, abang tetap cintakan sayang..abang akan tunggu Leeya sampai bila-bila pun..," katanya sayu sambil merenung dalam anak mataku.
Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Bagiku kata-kata itu sudah tidak berguna lagi. Segala-galanya sudah terlambat. Seketika kemudian, Azrul perlahan-lahan meninggalkan kami dengan langkah longlai. Walaupun ada sedikit rasa simpati menjengah ke dalam hatiku namun aku terpaksa padamkan kerana aku tidak mahu kekecewaan itu datang lagi.
"Wow! Bestnya jadi tunang you!"
Lamunanku mati apabila mendengar sorakan daripada Faiz. Aduhh….habislah aku kali ni kena sakat.
"Hello..tunang berlakon je tau. Not the real one.." jawabku lantas berlalu mahu meninggalkannya yang sedang tersengeh macam kerang busuk.
"Depan staff pun you nak I berlakon jadi tunang you ke? I no hal..lagi I suka..kalau boleh I nak beritahu satu hospital. Hehe.." aku menghentikan langkahku dan menjelingnya tajam. Perasan!
"Huh! tak payah la susah-susah. Anyway thanx sebab tolong I tadi. I dah penat layan dia tadi..he follow me where ever I go..rimaslah"
"Who’s him?"
Wajah Faiz berubah serius. Sejak bila dia serius bila bercakap ni. Hairan aku.
"Ex-boyfriend I.."
"Oh I see..kenapa dia tinggalkan you?"
"Entahlah..panjang ceritanya..," aku tidak berminat untuk mengungkit kisah lama. Biarlah ia terkubur begitu sahaja.
"Eh, mana you dapat kad kahwin tu? Dahla ada nama I dengan you pulak tu.." Aku cuba mengubah topik ditambah pula rasa ingin tahu.
"Itulah kan kad kahwin kita.." katanya dengan senyuman yang melebar.
"Heh, you jangan nak mengarut!"
Buntang mataku mendengar jawapan itu. Sah dia nak main-mainkan aku.
"Betul la..you ingat tak rombongan peminangan yang datang rumah you bulan lepas, you terima kan?"
"A’ah . So?"
Aku tidak dapat menangkap maksud soalan itu.
"Itu rombongan dari I la tu..So that’s mean kita dah bertunang!!" katanya dan terus berlari meninggalkanku.
"What?!!"
Aku terlopong dan terdiam tidak terkata. Aku mengejarnya untuk mendapatkan kepastian. Aku memandang sekilas cincin yang tersarung di jari manisku sejak bulan lepas. Tidakku sangka lelaki yang ibu bapaku sering sebutkan sejak akhir-akhir ini adalah Faiz. Memang benar bulan lepas ada rombongan peminangan dari Kuala Lumpur datang bertandang ke rumahku. Aku menerima pinangan itu tanpa banyak soal dan tanpa mengetahui siapa gerangan jejaka yang akan aku kahwini kerana aku sudah malas memikirkan soal hati dan perasaan lagi. Aku sudah serik. Justeru, aku redha dengan siapa sahaja yang bakal menjadi suamiku asalkan lelaki itu boleh menyayangiku sepenuh hati. Aku begitu yakin pilihan ibu bapaku adalah paling tepat. Bagiku, biarlah cinta itu mekar selepas kahwin kerana itu adalah lebih diberkati. Tetapi, tidak sangka pula jejaka yang akan bergelar suami dalam masa tidak sampai sebulan lagi adalah Faiz. Oh tidak!! Ini mimpi ngeri! Larat ke telinga aku nak dengar dia membebel sepanjang masa? Alamatnya menanah la telinga aku.
Meskipun perkenalan singkat dan tempoh masa untuk mereka diijabkabulkan semakin dekat, gelora rasa yang dirasainya berbeza dengan perasaan cintanya pada Azrul dulu. Kali ini ia sentiasa dup dap dup dap, keinginan untuk memiliki Azrul dan menjadi isteri semakin membuak-buak, padahal di sisi yang lain, dia masih takut. Mungkin rasa sayang sudah wujud atau mungkin juga dia dah gatal nak kahwin.
Dia menguntum senyum, gelihati dengan mainan fikirannya.
Share this novel