BAB 3

Romance Completed 11097

Suasana majlis perkahwinan Hana cukup meriah sekali dengan lagu-lagu baru dan lama didendangkan berselang seli, menyerikan lagi majlis persandingannya. Aku sedikit terlewat menghadiri majlisnya kerana aku pergi ke jabatan perkhidmatan awam untuk melaporkan diri berkenaan kepulanganku di tanah air. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Pasti rombongan pihak lelaki sudah pulang kerana Hana memberitahuku mereka akan datang dalam lingkungan pukul 2 petang. Aku mencari kelibat Hana. Tidak sabar rasanya ingin bertemu dengannya setelah sekian lama kami terpisah jauh. Hana merupakan teman seperjuanganku ketika kami sama-sama menuntut di Maktab Rendah Sains Mara di utara Malaysia. Dialah teman yang sanggup berkongsi suka dan duka denganku. Cita-citanya ingin menjadi seorang doktor namun nasib tidak menyebelahinya kerana keputusan SPMnya tidak memberangsangkan. Kini dia berkerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di ibu kota. Bakal suaminya aku tidak tahulah kerja apa.Yang aku tahu, dia merupakan senior aku semasa di MRSM dulu.

"Leeya!"

Aku tersentak apabila mendengar namaku dipanggil.Sepantas kilat aku menoleh ke belakang.

"Hana! Ya Allah lamanya tak jumpa kau," aku terus memeluk erat Hana yang lengkap berpakaian pengantin.

Tanpaku sedari air mata terharu mengalir membasahi pipiku. Girang sekali hatiku dapat bertemu teman baikku ini.

"Leeya..thanx datang. Tapi kenapa lambat sangat?" Leeya turut menangis terharu.

"Soryla..aku ada hal sikit tadi. Oh my Godness, kau betul-betul berubah sekarang. More beautiful! Sweet…Macam model pulak aku tengok," pujiku.

Dia ketawa mendengar pujianku. Benar, Hana semakin cantik sekarang dan semakin kurus. Dulu dia berbadan gempal sehingga digelar ‘budak gemuk’ semasa di MRSM. Raut wajahnya benar-benar berubah berbanding di waktu sekolah dulu.

"Ish mana ada..kaupun apa kurangnya . Makin jelita dan cun .Slim pulak tu.." aku tergelak mendengar pujiannya yang langsung tak bertepatan dengan penampilanku kini. Aku tak pernah berasa diriku cantik.

"Hah, nak bodek aku la tu..Member kita yang lain tak datang ke?"

"Diorang semua dah datang tadi tapi kau tu yang lambat. Diorang semua tanya kau kat mana..ish melepas lah kau.."

"Alamak..ruginya aku..rindu betul la nak jumpa diorang. Wah..tak sangka kau kahwin awal dari aku.."

"Yela..dah ada orang nak, aku kahwin je lah.."

"Eh, mana husband kau? Dari tadi tak nampak batang hidung pun .Cepat! Aku nak tengok!" kataku tidak sabar-sabar.

"Huish kau ni, kok ya pun makan la dulu. Tak kan larinya husband aku tu.."

"Tak kira, aku nak tengok sekarang!" Tegasku dalam tawa.

"Kau ni kan..perangai tak pernah berubah. Kalau dah nak tu, tak sabar-sabar.." kata-kata Hana disambut dengan gelak tawaku.

"Hah itupun husband aku, handsome tak?"

Aku terus menoleh ke arah yang Hana tunjukkan. Kelihatan seorang lelaki yang segak berpakaian tradisi pahlawan berwarna krim seperti warna pakaian Hana sedang berborak mesra dengan tetamu yang hadir. Senyumanku yang mekar di bibirku mati tiba-tiba. Bagaikan halilintar membelah langit, waktu bagaikan berhenti berputar seketika. Adakah aku sedang bermimpi? Adakah itu suami Hana? Adakah itu Azrul? Jejaka yang aku puja selama ini? Seketika kemudian lelaki itu menoleh ke arah kami. Hana melambai ke arahnya supaya dia datang kepada kami. Dia menghampiri kami perlahan-lahan. Semakin dia menghampiri, semakin jelas wajahnya. Dia juga kelihatan tergamam melihatku. Benar, aku tidak salah lagi..suami Hana adalah Azrul, teman lelakiku! Ya Allah, katakanlah ini semua mimpi! Katakanlah ini hanya ilusi!

"Abang, kenalkan ini Leeya, kawan baik Ana..and Leeya..kenalkan , Azrul.." kata Hana manja membuatkan hatiku semakin terguris. Mataku sudah bergenang dengan air mata namun aku cuba menahannya. Aku tidak mahu Hana mengetahui perasaanku ketika ini.

"Oh, hai..," jawabnya teragak-agak.

Dia menggigit bibir. Tangannya dihulur untuk bersalam denganku namun aku tidak menyambutnya. Mataku tajam merenungnya tanpa mempedulikan Hana yang berada di situ. Sampainya hati Azrul menipu aku selama ini. Apa makna semua ini? Di mana janji manis yang dia taburkan kepadaku selama ini? Di mana hilangnya prinsip hidupnya yang tidak pernah memungkiri janji? Di mana?! Jika ikutkan hati ingin sahaja aku pergi dari sini. Aku tidak sanggup berdepan dengan jejaka idamanku yang sudah menjadi suami kawan baikku sendiri kini. Aku kecewa..benar-benar kecewa. Ternyata aku tersalah anggap kepadanya selama ini. Ternyata dia bukan seorang lelaki yang setia!

"Leeya, kau ok ke?" soal Hana hairan . Aku cepat-cepat kembali ke alam nyata.

"Hana, maaf lah ye..aku ada hal sekarang dekat rumah. Baru teringat. Ini hadiahnya. Maaf ye tak boleh lama di sini.." aku cuba berbohong kerana aku tidak sanggup berdiri di sini lama. Hadiah itu aku hulurkan dengan tergesa-gesa.

"La Leeya..kalau ye pun..makan la dulu..Kau belum makan lagi tu,"

Belum sempat aku beredar dari situ Leeya menghalang. Azrul hanya mendiamkan diri seolah-olah lidahnya kelu untuk berkata-kata. Aku tahu dia berpuas hati kerana selama ini dia berjaya menipu aku dengan janji manis yang rupa-rupanya pahit isinya!

"Maafkan aku Hana. Dah lewat ni..lain kali ye aku datang lagi, assalamualaikum.."

Kataku sambil melurutkan gengaman Hana di lenganku. Aku beredar dari situ laju tanpa menghiraukan sahutan Hana. Air mata yang ku tahan dari tadi akhirnya tumpah jua. Keriangan yang bersarang di hatiku seketika tadi telah berganti dengan kesedihan dan kekecewaan yang tidak dapat aku gambarkan keperitannya. Sampai hati Azrul berbuat begitu kepadaku. Sampai hati…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience