BAB 8

Romance Completed 13736

"Kenapa pula aku tidak happy. Kau kawan baik aku, kalau kau happy, aku pun kenalah happy." Kepalanya ditundukkan. Tidak mahu Syed Akid merenung matanya yang sudah mula bergenang. Bila-bila masa sahaja boleh air matanya mengalir.

Pegangannya dikemaskan lagi. "Jawab aku dengan jujur. Adakah kau happy masa aku kahwin dengan Anis?"

Dinah sudah menangis teresak-esak bila didesak oleh Syed Akid. Gelengan kepalanya hanya mampu dibuat. Melihat reaksi Dinah, terus Syed Akid memeluk isterinya. Kepalanya di usap-usap. "Menangislah kalau itu boleh buat kau lega."

Bukan main lagi Dinah menangis melepaskan perasaannya yang terbuku disimpan semenjak Syed Akid membuat keputusan untuk mengahwini Anis. Hatinya yang sedih di luahkan pada malam itu juga dengan tangisan yang tidak putus-putus. Bila Syed Akid sedar tangisan Dinah sudah semakin reda, dia merenggangkan pelukannya. Air mata gadis itu di sapu lembut.

"Abang minta maaf." Kepala isterinya terdonggak bila mendengar perkataan abang. Bukan main instant lagi menukar gelaran.

"Kenapa?"

"Mungkin awak tidak sedar bahawa abang juga mencintai Dinah dari dulu lagi." Dinah merenung Syed Akid supaya meneruskan penjelasan.

"Sepanjang abang berkahwin dengan Anis dahulu, secara tidak sedar abang selalu bercerita mengenai sayang kepada Anis. Cerita itu secara automatik akan timbul. Itu yang membuatkan Anis semakin marah kepada abang. Dinah itu. Dinah ini. Dinah dapat itu. Dinah dapat ini. Isteri mana yang tak sakit hati kalau suaminya sendiri bercakap pasal perempuan lain. Apatah lagi abang tidak mahu pindah bilik. Mesti bilik ini juga kerana bilik ini dekat dengan bilik sayang."

"Tapi..." Syed Akid faham dengan kerenah Dinah. Gadis ini memang sukar untuk meraih kepercayaannya. Salah langkah, selama-lamanya dirinya tidak akan dipercayai.

"Anis semakin marah bila dia mengandung sebab sayang selalu bagi tips-tips yang berguna untuk dia. Entahlah. Bagi abang kalau dia bertolak ansur, dia tidak perlu marah-marah. Abang tahu niat sayang hendak menjaga sebenarnya."

"Perempuan mana yang tidak marah kalau suaminya sendiri sering kali bercakap pasal perempuan lain. Aku pun marah kalau kau buat macam tu." Sebuah kucupan dihadiahkan dibibir selepas dia berkata begitu.

"Panggil abang."

"Ish gelilah."

"Panggil..."

"Hmm abang..." Pelukan dikemaskan lagi.

"Sebab itu abang menyesal. Barulah abang tahu bahawa di dalam hati ini sudah tertulis dengan nama Dinah dari dahulu lagi. Mungkin abang salah percaturan semasa memilih Anis. Dia juga sudah tidak tahan dengan kerenah abang ni agaknya sebab itu dia sendiri yang memfailkan penceraian."

Dinah masih ingat semasa Anis meminta penceraian, semua orang seperti menuduh Dinah adalah punca penceraian mereka berdua walaupun tidak disuarakan tapi dari segi pandangan saudara mara semua, Dinah amat mengerti dengan sindiran mata mereka.

"Abang minta maaf lagi sekali pasal kami berdua sayang dituduh bukan-bukan. Sekarang Anis pun sudah ada suami baru, mereka tidak akan dapat cakap apa-apa lagi." Hanya anggukkan sahaja yang ada sebagai balasan. Ini tanda Dinah sudah mula mempercayainya. Syed Akid tersenyum senang.

"Kenapa tak cakap dekat abang yang sayang tuuu..." pelukan di renggangkan. Dia ingin menatap wajah isterinya. Merah-merah kerana bekas menangis. "yang awak tu cintakan abang sebenarnya."

Dinah tersentak. "Macam mana tahu?"

"Along cakap."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience