BAB 9

Romance Completed 13736

"Nasib baik pernikahan ini menjadi sayang. Sebenarnya kejutan untuk kita berdua yang sememangnya nampak ego tapi hati masing-masing sudah berbunga. Ditambah lagi dengan kehadiran Ayden dalam hidup kita berdua. Awak sanggup menjaga Ayden sejak dia masih merah lagi sedangkan Anis tidak sudi menjaga Ayden. Terima kasih sayang."

"Hmmm." Jawab Dinah. Dia sudah tidak tahu hendak berkata apa lagi.

Memang dulu dia marah kerana Anis meninggalkan Ayden selepas sebulan lebih Ayden dilahirkan ke bumi. Habis sahaja pantang, terus lari. Walaupun ketika itu mereka sudah bercerai, atas arahan daripada Puan Norani, Anis mesti menghabiskan pantang di villa. Anis yang sememangnya amat takut dengan Puan Norani hanya menurut sahaja arahan ibu mertuanya.

Hubungan Puan Norani dengan Anis pula tidak pernah baik semenjak mereka berkahwin, tapi atas pilihan anak, Puan Norani tidak pula membantah. Bila habis pantang, Anis meninggalkan villa sekali dengan anak kandungnya sendiri. Sampailah sekarang, Anis tidak pernah menjenguk Ayden.

Tiba-tiba Syed Akid mencapai telefon bimbitnya yang elok terletek di meja kecil. Selepas lelak itu leka menaip-naip sesuatu sambil tersenyum-senyum, lelaki itu menutup telefon bimbitnya lalu diletakkan tempat tadi. Dinah hairan melihat kelakuan suaminya itu. Dah tersengih-sengih macam kera busuk ni kenapa pula laki aku ni.

"Sayang. Jom sambung acara yang terbantut tadi. Abang nak tambah adik-adik untuk Ayden."

"Hah?"

Assalamualaikum. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kamu. Sekrianya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya. Amin.

APLIKASI WHATSAPP dibuka oleh Puan Norani bila ada mesej baru diterima. Mesej daripada anaknya, Syed Akid.

- Akid : Ibu, tolong jagakan Ayden untuk malam ini boleh? Please. Hehe.

Mesej itu baru sahaja dibukanya kerana dia tadi sibuk menidurkan Ayden yang bukan main lagi meragamnya. Nasib baik malam ini tidak sampai menangis melalak seperti kejadian di masjid siang tadi.

- Suamiku Warith: Astagafirullah budak bertuah!

- Along : Phewwiiittttt! Advanced giler!!!!!

- Lina : Ya Allah adik, tak malu ke? Akak pulak yang malu ni. Tak reti nak private ibu ke apa budak cengeng ni?!

Masaalahnya anaknya itu siap buat pengumuman dekat group Whatsapp khas untuk keluarga Syed Abdul Warith. Hailah anak aku yang seorang ini. Tidak menyempat betul sampai lupa yang dia menghantar mesej dekat group. Mujur ia hanya tersebar dalamgroup ahli keluarga mereka sahaja, dibuatnya ia tersebar ke group yang satu lagi pasti havoc jadinya. Dah tentu ada yang bersengkang mata gigih membuli hingga ke pagi hari. Syukur, segala persiapan sudah hampir 100% siap, ini adalah sesuatu istimewa yang diberikan kepada pasangan dua sejoli itu. Semoga setiap iringan doa mereka agar kebahagiaan sentiasa bersama pasangan itu kekal hingga ke syurga didengari Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience