BAB 5

Romance Completed 13703

"Itu nama saya tok kadi."

Tok kadi tersebut hanya menganggukkan kepalanya. Tapi Syed Akid masih tidak bergerak dari tempat duduknya.

"Eh kenapa tidak ke sini duduk depan tok? Tak nak nikah ke?"

"Ehhhh?" Bahunya ditepuk oleh pak udanya yang duduk disebelah. Dengan hati yang berbelah bahagi, Syed Akid turutkan jua.

Syed Akid sudah duduk di hadapan tok kadi. Hatinya semakin gementar, lebih gementar daripada dia mengangkat nikah bersama Anis dahulu.

"Betul nama kamu Syed Akid bin Syed Abdul Warith?" tanya tok kadi lagi sekali sambil menunjukkan borang yang ada di hadapannya.

"Ya betul ini nama saya tok." Tok kadi mengangguk puas dengan jawapan yang diberikan. Selepas itu dia membawa borang-borang itu kepada Dinah yang masih memangku Ayden. Melihat ada seseorang menghampiri Dinah, Ayden semakin ligat memeluk dirinya dengan kuat.

"Nama kamu Siti Dinah binti Duming?" Dinah mengiyakan soalan itu.

"Kamu baca borang ini. Betul bakal suami kamu namanya Syed Akid bin Syed Abdul Warith?" Kedua kening sudah bertaut. Pandangannya dialihkan kepada Puan Norani. Ingin meminta penjelasan. Kenapa Syed Akid pula yang jadi pengantin lelaki? Namun dengan anggukkan Puan Norani, Dinah hanya turut akur dengan permintaan itu.

"Ya betul." Sesudah acara menandatangani borang selesai semuanya, tok kadi kembali ke tempat duduknya tadi, di mana Syed Akid berada sekarang.

"Syed Akid, boleh kita mulakan sekarang."

SYED AKID mencari Syed Akhbar di dalam villa mereka setelah upacara pernikahan selesai. Dia menginginkan penjelasan yang lebih lanjut. Apabila ditanya kepada ibu dan ayahnya, kedua-duanya berpakat tidak mahu menjawab. Mereka hanya menjawab, 'Alhamdulillah sudah menjadi jodoh kamu dengan Dinah.'

Kakinya berjalan laju menuju ke bilik Syed Akhbar. Tombol pintu bilik alongnya dibuka dengan kasar. Dia tahu lelaki itu berada di situ kerana kereta terletak elok di dalam letak kereta khas mereka. Ini yang membuatkan dia semakin panas. Masuk sahaja ke dalam bilik Syed Akhbar, anak matanya terus terpanah gerak tubuh alongnya yang bersedia untuk keluar dengan pakaian kasual. Dengan hati yang membungkam, satu tumbukan padu singgah dipipi Syed Akhbar. Tidak cukup dengan itu bahagian tubuh yang lain juga turut menjadi habuan tumbukan sulung Syed Akid. Bila Syed Akhbar ada peluang, tanpa ragu-ragu satu tumbukan juga sempat singgah kepada Syed Akid.

"Ya Allah, kenapa kamu berdua ini hah?! Berhenti! Berhenti ibu cakap!!" Hati tuanya sedia bila melihat kedua-dua anak lelakinya siap bertumbukan sesama sendiri bagai tidak ingat dunia. Laju sahaja dia berlari menerpa mereka berdua.

Bila Puan Norani dekat dengan mereka, barulah mereka berhenti. Itupun dengan dengusan yang kasar keluar dari mulut mereka. Dada mereka berombak kasar. Darah juga sudah siap mengalir dari rongga hidung, tidak lupa juga bibir masing-masing yang sudah pecah lebam-lebam.

"Kenapa along tak jadi nikah dengan Dinah? Kenapa?!" teriak Syed Akid sambil jari telunjuknya menunding ke arah Syed Akhbar yang siap tersenyum sinis.

Syed Akhbar menyapu sisa darah yang keluar dari hidungnya. "Itu adalah hadiah kejutan untuk kau yang terlalu ego."

Syed Akid terkedu. "Merepek!"

"Sudah-sudah. Akid, ibu fikir kamu suka bernikah dengan Dinah. Tapi dengan tindakan kamu ini, macam tidak suka sahaja kamu bernikah dengan Dinah." Kali ini Puan Norani pula yang bersuara. Syed Akhbar sudah terbaring di atas katilnya. Biarlah ibunya yang berbicara dengan adiknya itu. Dia malas mahu masuk campur.

"Akid tak mahu macam ini ibu. Perasaan Dinah macam mana. Akid manalah tahu dia suka Akid atau tidak." Suaranya sudah bertukar kendur dengan menghela nafas yang lelah akibat bergelut dengan alongnya tadi.

"She loves you Akid. She really loves you." Suara dari orang yang terbaring di atas katil kedengaran ditelinga Syed Akid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience