BAB 1

Romance Completed 13736

Saat ini sedang berlangsungnya perkahwinan di antara Syed Akhbar dan Dinah. Majlis yang diadakan di kediaman mempelai lelaki berlangsung dengan penuh meriah.

Dinah yang hidup sebatang kara dibumi Malaysia ini, hidup bersama keluarga Syed Akhbar sudah seperti keluarganya sendiri.

Dinah mula mengenali keluarga Syed Akhbar melalui teman baiknya iaitu Syed Akid. Sungguh rapat sehingga banyak orang fikir Dinah dan Syed Akid akan menjadi suami isteri suatu hari nanti sehinggalah Syed Akid memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis yang berasal dari Melaka, Anis.

Hasil dari perkahwinan daripada Syed Akid dengan Anis, mereka di kurniakan seorang bayi anak lelaki yang terlebih comel mengikut papanya. 100% copy paste.

Hari ini adalah hari pernikahan di antara Dinah dan Syed Akhbar, iaitu along kepada Syed Akid. Dinah ditempatkan di bilik bahagian barat villa keluarga Syed Abdul Wali, atok kepada Syed Akhbar dan Syed Akid. Sudah menjadi tradisi keluarga Syed Abdul Wali, setiap bahagian villa adalah kepunyaan anak-anak tertentu.

Yang penting mereka masih di dalam satu kawasan. Manakala bilik Syed Akhbar pula ditempatkan dibahagian utara villa keluarga mereka.

Riuh-rendah. Itulah suasana yang dapat digambarkan pada masa sekarang. Sepupu sepapat sudah berlari ke sana ke sini untuk menghias diri mereka sendiri. Itu belum termasuk cucu-cucu yang kebanyakkannya masih kecil. Nasib baik villa Syed Abdul Wali ini teramatlah besar. Namun meriahnya tetap terasa.

"Dinah, kamu sudah siap?" Puan Norani masuk ke bilik persalinan Dinah. Dia yang ketika itu sedang melayan perasaannya sedikit tersentak mendengar teguran daripada ibu angkatnya. Terus sahaja ibu kepada Syed Akid duduk di kerusi kecil yang terletak di sisi katil kepunyaan Dinah.

Segaris senyuman dihadiahkan kepada Puan Norani. "Sudah siap ibu. Ayden mana ibu?"

"Ayden ada dekat papanya. Si Akid tu pun satu, asyik nak berkurung di dalam bilik dia sahaja kerjanya dari tadi. Dipanggil-panggil tidak mahu menyahut. Bilik siap dikunci dari dalam lagi." Mendengar nama Syed Akid, di lubuk hati Dinah ada sedikit merasa sakit. Entah kenapa. Sakitnya begitu mencengkam, sama seperti sakitnya ketika lelaki itu memberitahu keputusan untuk berkahwin dengan Anis.

"Biarlah dia dulu ibu, nanti Dinah ambil Ayden dekat Akid."

"Dinah." Sahut Puan Norani. Wajah cantik mulus gadis itu ditatap. Anak gadis yang tidak banyak kerenah. Terlalu manja tetapi ada masa dia menjadi pendiam bila melibatkan hati dan perasaannya. Anak gadis itu lebih mengutamakan perasaan orang lain daripada dirinya sendiri.

"Everything is okay?"

Dinah hanya menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan soalan daripada Puan Norani itu. Melihat respon daripada Dinah, Puan Norani menghela nafas kecil sebelum dia keluar dari bilik Dinah. Sememangnya dia amat mengharapkan sesuatu tindakan daripada gadis itu. Tapi seperti biasa, gadis yang bernama Dinah akan sentiasa menjadi Dinah yang mereka kenali.

"Semua sekali, get ready to go to masjid!!" Suara Syed Abdul Warith, bakal menjadi bapa mertua Dinah sudah kedengaran dari arah bawah villa mereka. Suara jantan Syed Abdul Warith memang amat digeruni dengan kelantanggan suaranya. Seisi villa boleh kedengaran.

Tergesa-gesa Dinah juga turut keluar dari biliknya. Tidak lupa juga iPhone 6 nya di capai. Laju sahaja ibu jarinya menekan pad kekunci telefon lalu membuka aplikasi Fac. Tidak ada sebarang update daripada teman baiknya, Syed Akid. Malah sejak keluarga Syed Abdul Warith memutuskan untuk meminang Dinah dahulu, Syed Akid sudah mula menjauhkan diri daripada Dinah.

Keluar sahaja dari pintu biliknya, dalam masa yang sama juga Syed Akid keluar dari pintu biliknya sambil mendokong Ayden yang baru sahaja berusia dua tahun. Buat seketika mereka berdua memandang sesama sendiri sehinggalah Syed Akid dikejutkan oleh Ayden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience