BAB 4

Romance Completed 13703

Dinah ternampak kasut nikah, tapi... kenapa kasutnya ini berada di dalam rak kasut Syed Akid? "Akid, macam mana kasut nikah aku ada dalam rak kasut kau ni?"

"Manalah aku tahu. Kau tu jangan buat tak tahu pula. Rak kasut aku tu dah jadi macam rak kasut kau." Dinah hanya menjeling. Benci! Itu pun dia nak ungkit. Nanti kalau aku dah kahwin dengan Syed Akhbar, aku pindah semua kasut-kasut aku dekat rak Syed Akhbar. Biar semak dekat situ. Huh!

Tanpa berkata apa-apa, kasut nikahnya dicapai lalu meletakkan kasut itu di atas lantai. Terkial-kial gadis itu semasa hendak memasang kasut. "Akid, tolong pegang Ayden sekejap."

Syed Akid menghulurkan tangannya untuk mengambil Ayden yang sedang nyenyak tidur. Baru sahaja badan anak lelaki itu beralih tempat, rangkulan Ayden di leher Dinah dikuatkan. Tidak mahu melepaskan pelukannya dileher Dinah. Sedar dirinya mahu di ambil, Ayden sudah merengek. Untuk menghalang dari Ayden bertambah mengamuk, Dinah menepuk-nepuk punggung Ayden supaya budak kecil itu kembali tidur. Seperti yang disangka, sekejap sahaja Ayden tidur dipelukan Dinah.

"Akid, tolong bawa kasut aku. Kita pergi masjid sekarang. Mereka dah lama menunggu."

Syed Akid hanya menurut arahan Dinah. Kasut putih yang penuh manik di ambil di mana ia diletakkan tadi. Tanpa menunggu Dinah, Syed Akid berjalan menonong menuju ke keretanya yang sudah disediakan di hadapan pintu utama villa mereka. Pintu untuk Dinah dibuka. Dengan penuh berhati-hati Dinah masuk ke dalam perut kereta Syed Akid tanpa menganggu tidur Ayden yang mula nyenyak. Selepas Dinah masuk, Syed Akid berlari anak ke pintu sebelah lalu masuk ke dalam sambil menghidupkan engine kereta.

Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya berdiam diri. Kedua-duanya tidak mahu memulakan satu perbualan yang boleh mengisi masa kosong mereka semasa menuju ke masjid. Kalau dulu-dulu, merekalah radio bergerak. Tidak dapat bertemu, kedua-duanya ada sahaja cerita hendak di kongsikan. Namun suasana itu semakin berkurangan semenjak Syed Akid berkahwin dengan Anis.

Sampai sahaja diperkarangan masjid, semua sudah menunggu kehadiran mereka berdua terutama pengantin perempuannya. Melihat Ayden masih di pangkuan Dinah, Puan Norani berjalan menuju ke arah Dinah, hendak mengambil Ayden. Lagi sekali Ayden membuat perkara yang sama. Malah semasa badan anak kecil itu sudah berjaya beralih tempat, anak mata Ayden terbuka luas sambil menangis melalak mencari Dinah.

"Mama! Mama!" Teriak Ayden dengan lantang. Dinah mahu mengambil Ayden kembali tetapi dihalang oleh ibu angkatnya. Puan Norani laju sahaja membawa Ayden ke dalam masjid namun tangisannya semakin galak kedengaran. Bukan main jauh lagi Puan Norani menenangkan cucunya. Berupaya untuk tidak menganggu suasana upacara pernikahan yang akan berlangsung sebentar lagi.

Dengan hati yang berat, Dinah perlahan-lahan masuk ke dalam masjid. Kerap kali dia mengambil nafas yang panjang supaya dapat meredakan hatinya yang semakin bergetar terutama sekali bila mengenangkan dia akan bakal bernikah dengan Syed Akhbar, along kepada Syed Akid, Akid yang diidamkan sejak mereka berada zaman universiti lagi.

Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini ya Allah. Sesungguhnya sejak dia melakukan sembahyang istikharah, imbasan Syed Akid dan Ayden kerap kali bermain di dalam mimpinya.

Tangisan Ayden semakin kuat bergema. Dinah yang sudah duduk ditempat khas untuk pengantin perempuan sedikit risau mendengar suara Ayden. Puan Norani terus mendapatkan Dinah lalu memberi Ayden kepadanya. Terus sahaja Dinah memeluk anak kecil itu sambil menepuk manja punggung Ayden. Bagai tidak mahu melepaskan, pelukan dileher bertambah erat. Sekejap sahaja Dinah memujuk, tangisan Ayden sudah berhenti tapi tidak mahu tidur kembali. Matanya bertambah luas melihat ke sekeliling masjid.

Syed Akid yang melihat kerenah anaknya itu hanya tersenyum nakal. Bagus Ayden. Kalau boleh buat sampai tidak jadi nikah. Biar Ayden merekat terus dengan mama Dinah. Pandangannya dilontarkan ke seluruh kawasan tempat nikah yang bakal berlangsung. Semua orang sudah bersedia, namun tidak ada tanda-tanda kelibat alongnya di situ. Barulah Syed Akid sedar bahawa alongnya masih tidak ada di situ. Belum sempat Syed Akid ingin bertanyakan mengenai perkara itu, tok kadi sudah masuk ke dalam masjid.

"Siapa Syed Akid bin Syed Abdul Warith?" semua mata tertumpu kepada Syed Akid. Tuan punya badan sudah siap dengan muka benggang. Kenapa pula tiba-tiba namanya dipanggil oleh tok kadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience