BAB 2

Romance Completed 13703

"Mama..." Ayden sudah mendepangkan tangannya ke arah Dinah bila melihat kehadirannya di situ.

Mendengar suara Ayden yang lunak dan manja, laju sahaja Dinah berjalan menuju Syed Akid dan Ayden. Dalam sekelip mata Ayden sudah beralih tempat. Tanpa menyapa Syed Akid yang masih merenungnya, Dinah berjalan menuju ke aras bawah. Dia amat tidak sanggup bila mata yang redup itu merenung dirinya. Hatinya menjadi tidak keruan.

"Ayden, jom pergi bawah. Berat betul anak mama ini ek, makan apa ni?" Dinah sudah menggeletek perut Ayden sehingga membuatkan anak itu ketawa terkekek-kekek. Begitu lunak sekali ketawanya di dengar.

Belum pun sempat Dinah berjalan, lengannya tiba-tiba di tarik oleh Syed Akid menghalang dia supaya bergerak dari situ. "Dinah."

Dinah menunggu kata-kata seterusnya dari lelaki itu kerana Ayden sudah mula merenggek hendak turun ke bawah. "Tak ada apalah."

"Aku jalan dulu Akid." Syed Akid hanya menganggukkan kepalanya tanda melepaskan gadis bersama anak terunanya pergi ke aras bawah.

Syed Akid membawa anak matanya sehingga Dinah hilang dari pandangannya. Apabila dia mendengar Dinah bersetuju untuk dikahwinkan dengan alongnya, dia menjadi nanar seketika. Sungguh dia tidak percaya gadis yang mula mendapat tempat dihatinya menjadi milik alongnya. Adakah dia sudah tersilap langkah?

Dengan pelbagai rasa yang hadir di dalam dirinya, tanpa sedar Syed Akid menumbuk permukaan dinding yang berdekatan dengannya berkali-kali. Melepaskan geram yang masih berbuku malah perasaan itu semakin menjadi-jadi. Tanpa sedar air mata juga turut keluar. Air mata kesakitan. Sakit yang sudah tidak dapat di tahan oleh sekeping hati lelakinya.

"Akid." Satu suara memanggil Syed Akid dari tangga. Laju sahaja Syed Akid menyapu air mata yang galak keluar dari matanya lalu mengalihkan badannya di mana suara itu berada.

"Ya ibu." Satu senyuman cuba diterbitkan supaya ibunya tidak perasaan. Buku limanya juga di sembunyikan disebalik baju cara melayunya. Ada darah akibat tumbukan didinding tadi.

Puan Norani berjalan menghampiri anak bungsunya. Dia sempat melihat apa yang anaknya itu buat dengan dinding yang menjadi mangsa amukannya. Ini mesti kes Dinah. Hmmm! "Kenapa mata kamu merah-merah ini Akid? Kamu menangis ke?"

"Takdelah ibu, mata masuk habuk." Huh, itu alasan yang terlalu lama untuk menipu hati seorang ibu. Telahan dan naluri seorang yang bergelar ibu selalunya benar. Melihat dari gerak geri anak-anaknya juga dia sudah masak. Orang yang ego memang selalunya rugi. Contohnya macam inilah. Akibat tidak mahu meluahkan perasaan masing-masing, akhirnya dua-dua makan hati ulam jantung, putih mata.

"Dah pergi masuk dalam bilik. Dinah ada bagi baju cara melayu untuk kamu tak?" Syed Akid berkerut dahi. Sejak bila pula gadis itu ada memberinya baju cara melayu? Namun Syed Akid hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda jawapan bagi soalan daripada Puan Norani.

"Kamu pergi cek almari baju kamu Akid. Dinah ada cakap dia sudah letak elok-elok dalam almari pakaian kamu." Tanpa membuang masa, Syed Akid berjalan menuju ke almari pakaiannya yang menempatkan bahagian khas untuk baju cara melayu. Hanya Dinah sahaja yang tahu pe-el lelaki yang bernama Syed Akid. Cerewet dengan susunan yang teratur memang sudah sebati dengan dirinya.

Anak matanya terlekat kepada sepasang baju cara melayu berwarna cream. Nampak smart macam blazer. Seluar juga seluar potong. Puan Norani yang melihat gelagat anaknya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau dia tidak menyuruh lelaki itu mencari baju melayu, nampak gayanya anaknya itu hanya memakai pakaian biasa semasa menghadiri alongnya nikah nanti.

"Hah, pakai tu Akid. Sinjangnya pun ada dekat situ kata Dinah." Ujar Puan Norani dari muka pintu.

"Kenapa warna cream ibu?" macam nak nikah sahaja gayanya. Namun kata-kata itu hanya bermain didalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience