BAB 4

Romance Completed 15938

Ya Tuhan!

Remuk hati aku pada waktu itu. Rupa-rupanya dia hantar gambar tunang aku dengan dia yang tengah selfie di mana entah. Tetapi tangan dia merangkul kemas pinggang tunang aku seakan-akan berpelukan.

Gambar tunang aku yang free hair, selfie hanya pakai singlet. Aku sendiri pun tak pernah tengok tunang aku dalam keadaan seperti itu. Patah hati aku pada waktu itu.

Aku tak balas dalam kepala aku cuba berfikir positif dan menenangkan diri ini. Pada waktu itu aku cuba fikir bahawa lelaki ini sengaja mahu merosakkan hubungan kami. Aku fikir semua gambar-gambar itu telah diedit. Tetapi hati aku kuat mengatakan bahawa itu adalah tunang aku.

Selepas itu, dia mesej lagi.

"Aku tahu semua tahi lalat tunang kau di mana, tanda lahir tunang kau di mana dan semua benda-benda sensitif tunang kau aku tahu," katanya.

Aku tak tahu pun semua itu, aku tak tahu tahi lalat dan tanda lahir tunang aku di mana. Aku tak tahu rambut tunang aku paras mana. Semua aku tak tahu.

Aku menangis pada waktu itu juga. Aku cuba tahan tetapi air mata lelaki aku keluar juga.

Malam itu, aku balik rumah jam 3 pagi. Membebel mak aku.

Katanya dah kahwin tak boleh dah lepak sampai lewat pagi dengan kawan-kawan. 3 hari aku tak layan tunang aku. Aku cakap yang aku tengah sibuk cetak baju. Tak sempat nak melayan dia yang mana sebenarnya aku rasa nak tampar dia pun ada kalau dia berada di depan aku pada waktu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience