BAB 1

Romance Completed 15929

“Abang dah bagitahu apa yang patut, semoga boleh dipraktikkan nanti. Orang perempuan ni mudah je nak ambil hati, jangan lupa tip abang tu, kena selalulah memberi pujian,” kata abang aku.

Aku yang mendengar ni menganggukkan kepala saja lah sambil tersenyum sipu.

Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Tetapi tak hairan sangat kerana menyangka itu mungkin panggilan dari pelanggan yang mahu menempah baju.

Aku jawab panggilan itu, senyap dan tiada salam ataupun helo. Jadi, aku pun tamatkan panggilan.

"Mungkin salah nombor agaknya?" bisikku dalam hati.

Tidak berapa lama kemudian, nombor itu menghubungi aku lagi. Kali ini ada suara lelaki yang bertanya di hujung talian.

"Ini Roslan ke?"

"Ye, saya bercakap." Jawabku dengan selamba.

"Boleh tak aku nak jumpa dengan kau?"

Suara pertanyaan yang seakan-akan mendesak.

"Siapa ni?"

"Saya nak tempah baju," katanya.

"Biasanya saya tak jumpa pelanggan kalau nak order baju. Cuma bagi details melalui WhatsApp pun boleh sebab sekarang saya tengah sibuk menguruskan majlis kahwin tak lama lagi. Jadi, tak sempatlah berjumpa," jelas aku.

Tetapi dia enggan mengalah, dia memujuk aku untuk berjumpa dengannya sebab ada banyak helaian baju yang ingin ditempah dan dia juga mempunyai desain dia sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience