BAB 9

Romance Completed 15929

Pernah juga aku cuba memberitahu mak dan ayah mengenai hal ini. Tetapi itu aib tunang aku.

Pernah aku cuba mahu membatalkan majlis dan tinggalkan tunang, tetapi aku paksa diri aku ingat balik semua kebaikan yang pernah dia buat pada aku dulu semasa berada di universiti.

Dia pernah bayarkan yuran aku separuh, pernah berikan duit makan bila aku dah tak ada duit. Dialah tempat aku jatuh bangun di universiti selama 4 tahun. Hal duit itu tak payah cakaplah, memang banyak dia tolong aku.

Aku aktif bersukan. Ada kalanya dia belikan keperluan sukan untuk aku walaupun aku tak minta. Jadi aku tak mampu melupakan kebaikan yang dia buat walapun satu kesalahan besar dia buat, tidak cukup untuk memadamkan kebaikan dia selama ini.

Aku tak tinggalkan tunang aku bukan sebab kebaikan dia. Tetapi sebab kasih sayang aku yang betul-betul ikhlas dengan tunang aku dan aku patut bagi dia peluang kedua untuk berubah. Insha Allah aku akan redha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience