PROLOG

Romance Completed 15929

Aku dah bergraduat dari salah satu universiti tempatan. Di universiti tempat aku belajar, aku kenal seorang perempuan ini. Dua tahun kami berkawan rapat.

Dan selepas bergraduat, masing-masing mendapat pekerjaan. Jadi kami pun merancang untuk kehidupan yang seterusnya iaitu, berkahwin.

Alhamdulillah, perjalanan kami berdua dipermudah dan kami bertunang selama 3 bulan.

Sementara itu juga, aku buat perniagaan mencetak baju dengan rakan. Ini aku lakukan untuk nak menambah duit poket, boleh dibuat belanja kahwin sedikit sebanyak juga. Selain itu, kami buat perniagaan dalam talian. Kebanyakkan orang nak order baju akan mesej kitorang terus.

Tinggal sebulan saja lagi aku nak disatukan dengan tunang. Semua persiapan hampir siap dan semua sudah ditempah. Kad jemputan juga telah diedarkan. Persiapan semua dah hampir selesai. Tunggu hari perkahwinan sahaja.

Malam itu, semua keluarga aku berkumpul berbincang mengenai majlis kahwin aku. Abang-abang dan kakak-kakak aku semua bagi nasihat rumah tangga pada aku, sebelum mendirikan masjid ini semua.

Memandangkan aku anak bongsu dalam keluarga, aku dengar sajalah semua nasihat abang dan kakak. Semua tengah meriah bagi tips dan nasihat itu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience