BAB 6

Romance Completed 15929

Aku sendiri tak pernah menyentuh tunang aku walaupun tangan dia sekali pun. Aku benar-benar sayang pada tunang aku.

Aku merungut, mengapa aku mesti mendapat ujian seperti ini? Aku fikir kalau aku kahwin nanti, macam mana dengan keturunan aku? Dayuskah aku?

Semua keliru, aku tak tahu nak pilih yang mana. Aku tak mendapat sebarang petunjuk dari istikharah sampailah aku dengar khutbah Jumaat di masjid rumah aku.

Tajuk khutbah Jumaat hari itu, peluang kedua. Dalam khutbah itu kata, semua orang berhak diberikan peluang kedua tak kisahlah jahat atau baik.

Malah orang itu patut diberi peluang kalau dia benar-benar mahu berubah. Kita ini siapa nak menghukum orang? Seeloknya bukakanlah hati untuk memberi peluang kedua. InshaAllah Tuhan mempermudahkan urusan.

Terngiang-ngiang dalam kepala aku khutbah Jumaat hari itu. Majlis tinggal seminggu saja lagi dan aku masih tak mendapat apa-apa petunjuk.

Aku buat keputusan untuk bertemu dengan tunang. Hari itu aku jumpa dia dengan membawa hadiah. Aku hadiahkan dia sepasang stoking dengan sepasang handsock. Dia agak terkejut dengan hadiah yang diberikan.

"Kenapa bagi hadiah ni?" soalnya.

"Pakailah stokin itu tutup kaki, handsock itu pakailah walaupun pakai baju lengan panjang. Tetapi tetap nampak lengan," tegas aku.

Dia agak keberatan hendak menerima apa yang aku katakan dan teragak-agak untuk memakai stokin.

"Pakai dulu, nanti saya belikan yang lebih cantik. Baru sedap nak pakai. Pakai pelahan-lahan baru lelaki tak usha. Jagalah aurat elok-elok. Pelahan-lahan, tak apa," kata aku.

"Kenapa? Awak cemburu ke?"

Eh? Panas pula hati aku, tetapi aku diamkan saja sebab dah mula rasa nak naik tangan. Tetapi disebabkan perempuan, aku tahankan saja.

"Bukan aku cemburu, sebab aku tak nak lelaki lain tengok aurat kau dah," getusku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience