BAB 5

Romance Completed 15929

Seminggu selepas itu, aku hubungi lelaki itu dan ajak berjumpa untuk mendapatkan kepastian yang lebih lanjut. Kami berjumpa, dia ceritakan satu persatu pada aku, sebelum aku kenal tunang aku, tunang aku dah ada teman lelaki. Mereka sudah terlanjur banyak kali dan sudah buat macam-macam.

Dia juga menunjukkan perbualan WhatsApp mereka yang dulu. Bagi aku perbualan itu tak ubah seperti perbualan lucah. Waktu itu aku rasa mahu saja tumbuk muka lelaki itu tetapi aku berada di tempat awam, maka aku tahankan saja.

"Aku tanya kau satu saja. Apa tujuan kau beritahu aku semua ini?" soal aku.

"Aku cakap sebab aku tak nak kau jadi dayuslah gila. Perempuan itu sudah rosak. Aku yang rasa dia dulu," katanya.

Celaka! Aku balik macam itu saja. Tiap hari aku menangis, sebak sayu semua ada.

Majlis perkahwinan kami hanya tinggal dua minggu saja lagi. Apa yang patut aku buat? Aku tak beritahu sesiapa lagi tentang hal ini. Aku tak tanya tunang aku lagi. Aku diamkan diri sahaja.

Waktu itu aku dekatkan diri dengan Tuhan, aku buat istikharah setiap malam, aku buat solat hajat, aku mohon betul-betul dengan Tuhan.

Aku fikir aku nak saja memutuskan pertunangan dan batalkan majlis kahwin. Tetapi aku fikir itu semua mustahil dan akan menyebabkan keluarga aku malu sendiri. Lagi pun mak aku lemah jantung, bakal mak mertua aku pun tak sihat, ada darah tinggi. Aku bimbang mereka terkejut jika mereka mendapat tahu tentang hal ini.

Tetapi aku sendiri tidak kuat, lemah dan tak tahu apa nak buat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience