BAB 7

Other Completed 1426

“Tak perlu. Kalau kita yakin pakaian yang kita pakai ini sudah menutup aurat, kita kenalah yakin pakaian kita ini boleh dibawa solat.” Yakin sungguh Khadijah berbicara.

“Tangan? Bawah dagu?”

“Pastikan pakai sarung tangan, sarung kaki yang tebal. Untuk bawah dagu, kita tarik bahagian tudung sehingga menutupi dagu. Lagi mudah kalau kita pakai tudung Syria sebagai tudung dalam. Aku pakai tudung Syria dekat dalam sebab aku kurang yakin tudung luar aku jarang atau tak. Kemudian, lekatkan pin tudung di bahagian tudung belakang pada baju. Supaya bila kita sujud nanti, tak ada lah dia jatuh dan ‘sujud’ sekali.”

Panjang lebar penerangan Khadijah.

“Tak sangka! Sebegitu mudah.”

“Islam itu mudah..”

Mudah. Allah yang memerintahkan hamba-Nya untuk solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Ia tidak membebankan kita selagi mana kita anggap ia adalah ‘hadiah’ dari Allah. Hadiah? Ya. Pelbagai kelebihan yang dapat diperoleh hasil solat yang dilakukan. Dari segi kesihatan. Sujud yang betul, membolehkan oksida sampai ke otak. Maka, kita tidak akan mudah mengantuk atau penat.

Sepasang pasangan remaja sedang berpegangan tangan di hadapan kedai bunga.

“Sweet pula mereka tu! Jeles..” bisik Zulaika perlahan.

“Huh. Sweet kalau dah halal..”

“Mereka dah kawin kot! Husnuzhon, Qis.”
“Baru tingkatan 3 mereka tu. Jiran aku. Aku tahu la.”

“Masa bercinta semua nampak indah. Imam hasan Al-banna kan pernah cakap bahawa kalau kita bercinta 20 tahun pun, yang kita kenal hanya lah lakonannya. Nak tahu perangai sebenar dia, kena kawin. Memang indah bila hari-hari dapat good morning text, good night text, dapat calling-calling, dapat… macam-macam lah kan. Tetapi agak sayang bila zaman remaja kita digunakan untuk berkepit dgn partner kita. Sedangkan waktu yang ada, kita boleh luangkan untuk belajar, luangkan dengan keluarga dan kawan..”

“Huyyo, Dijah. Cakap macam berpengalaman saja.”

“Semua orang ada masa silam..” ringkas jawapannya.

“wait. Tadi kau cakap kalau nak tahu perangai dia sebenar kena kawin dulu kan? Kalau perangai dia teruk, tak ke malang si isteri tu.” Laju sahaja zulaika apabila menceritakan perihal perkahwinan. Dalam 10 orang crushnya, mungkin salah seorang layak dibuat suami agaknya.

“Ya, kita akan tahu perangai sebenar dia bila kita kawin dengan dia. Sama ada dia penyayang ke, penyabar ke, panas baran ke. Senang je, Zulaika. Nak selamat, kita Tanya orang terdekat dengan si dia tentang perangai dia jenis macam mana. Contohnya, adik beradik dia, ibu bapa dia, kawan dia. Haa, gitu.”

“Hm. Nampaknya aku kena kenal dengan adik dia dulu. Baru plan aku berhasil!” Ligat sungguh Zulaika memikirkan soal masa hadapannya yang tak pasti.

“Amboi, zulaika! Kau nak lamar siapa? Zahin? wafiq? khai? Shafiq? Nazar? Udin? Zaqwan? Aiman? Dolah? Atau.. kamal? Haha.”

Cukup 10 orang nama crushnya disenaraikan. Berdekah-dekah mereka ketawa. Zulaika pun tersengih-sengih tersipu malu.

“Tak kesah la siapa antara mereka yang bertuah gila dapat aku. Yang penting, dia jaga solat, dia hormat perempuan. Senang cerita, lelaki yang soleh! Bila dia beragama, InsyaAllah senang la dia nak pimpin aku ke syurga.”

“Nak pasangan yang soleh, kena jadi orang yang solehah dulu. Allah kan ada sebut dalam Al-quran yang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitulah sebaiknya.”

Sambung Ainul bagi melengkapkan perbualan mereka. Bulat mata balqis memandang Ainul.

“Eh, kau dengan Aliff apa cerita?” Keadaan tiba-tiba bertukar serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience