BAB 3

Other Completed 1426

“Sebab akhir zamanlah, awak kena kuatkan iman. Jangan mudah terpengaruh dengan ajakan syaitan. Mula-mula pakai tudung labuh. Kemudian, dikecilkan bagi nampak trendy. Lagi satu, awak jangan pakai tudung, buka tudung, pakai tudung. Ini mempersendakan hukum Allah namanya.”

“Bak kata ustaz azhar idrus kita mana boleh ingat kita boleh masuk keluar masuk keluar syurga neraka sesuka hati.”

Seorang pelajar lagi menyampuk. Tak dapat dibayangkan bagaimana rupanya kita andai kita perlu masuk syurga yang nikmat. Kemudian, masuk ke neraka pula. Dijilat api neraka. Dan perkara itu berulang-ulang untuk selamanya. Na’uzubillahi min zalik!

“ustazah, kenapa kita kena tutup aurat? Lagi-lagi perempuan. Semua ditutup kecuali muka dan pergelangan tangan. Panas..”

“Panas kat dunia, sementara saja. Kat akhirat, sejuk selamanya!”

Aiman bersuara.

“Agama islam, satu-satunya agama yang mengangkat martabat wanita. Lagi pun, ada banyak kelebihan untuk perempuan yang bertudung berbanding yang tak bertudung. Nak bezakan orang islam dan bukan islam pun boleh dengan melihat cara mereka berpakaian.”

Ainul Mardhiah. Sejak tadi dia diam. Semua kata-kata ustazah seperti memang ditujukan kepada dia. Dia cuba pekakkan telinga. Tetapi, tak berhasil.

“Ustazah, aurat antara adik beradik apa?”

“Dari pusat ke lutut.”

“Oh…” kedengaran ramai yang berkata sedemikian. Baru tahu agaknya. Ilmu Allah terlalu banyak. Dan masih sangat banyak untuk kita terokai. Itulah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang membuat kita dekat dengan Allah.

“I love youuuuu!”

“Hee. Love you too, sayang!”

Jerit sepasang kekasih yang duduk bersama di atas puncak bukit. Mereka saling tersenyum bahagia. Dunia ini ibarat mereka yang punya.

“Eew, gelinya!” ujar si cilik, Fatiya yang duduk di antara Aliff dan Ainul. Pipi tembam fatiya dicubit kakaknya kerana geram. Aliff hanya ketawa kecil melihat keletah dua beradik ni.

“Apa adik cakap? Ulang…” lidah fatiya dijelir keluar, kepalanya digeleng-geleng.

“Eee, nakal kan adik ni!”

“Akak lagi nakal. Ber-sweet-sweet dengan abang Aliff. Ibu dengan ayah pun tak sweet macam tu tau, hehe.”

“jeles ke?”

Sampuk Aliff dengan jelingan yang nakal.

“Tiya kecil lagi la. Nak jeles buat apa? 15 tahun lagi Tiya akan berkahwin dengan ustaz. Silakan jeles tau, hihi.”

Kepala dan rambut halus Fatiya digosok-gosok oleh Aliff.

“Ustaz pula? Adik kena jadi ustazah dahulu..”

“Hm, nak dengar Tiya ceramah tak? Apabila dua orang yang bukan mahram berduaan. Maka yang ketiga adalah syaitan.”

Terkedu Aliff dan Ainul yang mendengarnya. Sangat terasa!

“How did you know, Tiya? Adik kan baru 7 tahun.”

“Tiya terbaca dekat buku nota akak la.” Fatiya membuat muka selamba.

“Sayang, awak ada join kelas agama ke? Share la dengan saya.” Soal Aliff ingin tahu.

“Hm. Ada. Saya join masa Khadijah ajak saya hari tu.” Terang Ainul sambil tangannya ligat bermain dengan rambutnya yang halus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience