BAB 5

Other Completed 1426

Kagum mereka bertiga yang mendengar. Alhamdulillah! Khadijah mengucap syukur.

Khadijah terus mendakap Ainul Mardhiah. Ainul terpinga-pinga.

“Eh, kenapa ni?”

“Uhibbuki fillah.”

“maksud?”

“Aku sayangkan kau kerana Allah. Tadi kau kata, mencintai sahabat kerana Allah Taala dapat halawatul iman, kan? Aku cuba la ni.”

Terukir senyuman manis di muka Khadijah. Dengan tiba-tiba, mengalir butiran air jernih dari tubir mata Ainul. Ainul membalas dakapan Khadijah dengan dakapan yang erat.

Balqis dan zulaika saling berpandangan antara satu sama lain.

“Nak juga! Nak kena peluk juga!”

Satu dakapan yang erat antara empat sahabat fillah ini. Dengan mengharap, mereka mendapat halawatul iman dari Ilahi.

Semoga persahabatan kami kekal hingga ke jannah, ya Allah!

“Hai, Ainul!”

Sapa balqis terhadap gadis yang sedang membaca buku di pondok sekolah. “waalaikumussalam.”

“Pergh. Kau perli aku ke apa? haha. Okey, assalamualaikum intan payungku..”

“Waalaikumussalam! Kau tahu tak? Orang yang mula-mula beri salam ini terhindar daripada sifat sombong. Pahala pun dapat.”

“Ya, aku tahu.”

“Yang kau panggil aku intan payung ini dah kenapa? Apa mimpi?”

Sambung Ainul dengan muka yang tak lekang dengan senyuman. “Dah kata sahabat fillah. Sayang-menyayangi gitu, hehe.” Tangan yang dihulur Balqis, disalami. Awan mula berarak dan bertukar warna. Warna awan menjadi gelap. Angin kuat menampar-nampar mereka.

“macam nak hujan saja!” keluh Balqis.

“hujan itu kan rahmat.”

“Rahmat? Teringat pula aku dekat pencetus ummah Rahmat. Hebat betul dia berdakwah semalam. Menitis juga lah air mata ni. Kau tengok tak?” Teruja pula Balqis apabila bercerita tentang rancangan tv yang islamik itu.

“Gila tak tengok? Haha. Calon suami aku tu.” Selamba Ainul berkata sedemikian.

“Eh, kau! Aku awal-awal lagi dah cop dia. Mana boleh..” Balqis mencebik. 180 darjah wajahnya bertukar. Bertukar masam.

“Lek, Balqis. Dia ada 4 kuota. Bermadu. Okey?” Pujuk Ainul serta merta. Haa. Inilah perempuan. Lelaki soleh senang membuat insan bernama hawa ini jatuh hati. Laju kepala Balqis mengangguk.

Khadijah yang datang dari pintu sekolah sedang memperbetulkan kedudukan tudungnya daripada terbang kerana ditiup angin. Penuh berhati-hati dia berjalan agar auratnya kekal dipelihara.

“Kuatnya angin!” teriak Khadijah dari jauh.

“Jaga tudung masing-masing! Nanti terbang!” Pesan Zulaika pula yang tiba-tiba datang dari belakang Ainul dan Balqis. Balqis cepat-cepat betulkan kedudukan tudungnya yang sudang terbang separuh. Sedangkan, Khadijah sangat tenang dengan tudung labuhnya.

“Pakai tudung labuh yang bulat ni best! Senang nak kawal.”

Saat angin meniup kuat, saat itulah si hawa akan berasa sedar betapa pentingnya tudung labuh. Selamat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience