BAB 12

Other Completed 1426

Ainul lebih suka berjaga malam. Kadang-kadang, dalam sehari dia akan tidur 3 jam sahaja. Ibunya memegang dahi Ainul. Panas!

“Kan dah demam. Makan ubat.” Ainul mengangguk dengan bibir yang masih mengukir senyuman.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Tenang hatinya dapat melakukan solat sunat taubat, solat sunat tahajjud dan solat sunat hajat.

“Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunilah dosaku, dosa kedua-dua ibu bapaku, dosa rakan-rakanku, dosa guru-guruku, dosa orang yang aku sayang, dosa orang yang selalu mendoakan aku, dosa semua muslim dan muslimat. Ampunilah dosa kami yang kecil, dosa kami yang besar. Ampunilah dosa kami yang lalu, dosa kami yang akan datang. Ampunilah dosa kami yang sengaja kami lakukan dan dosa yang tidak sengaja kami lakukan. Aamiin..”

Pipinya basah dengan air mata taubat. Teringat dia akan dosa-dosanya. Banyak. Sedangkan hati ini sangat merindukan syurga. Dia gembira dapat dating dengan Allah. Dan hatinya sangat tenang. Dari tadi dia asyik terbatuk-batuk saja. Namun, bacaan Al-Quran tetap diteruskan.

“Ainul! Bangun! Sudah pukul 6 lebih. Tak nak sarapan ke?”

Pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Puas ibunya memanggil. Tetapi, tidak disahut. Nasib baik biliknya tidak berkunci!

“Sayang..?”

Ainul Mardhiah lengkap bertelekung. Al-Quran dalam dakapannya. Tasbih di tangan kanannya. Dia terbaring kaku di atas sejadah. Sisa air matanya masih ada. Mukanya pucat!

“Ainul! Bangun, ainul..”

Hati ibunya berasa sangat resah. Laju jantungnya berdegup. Lekas dia menggoncangkan badan Ainul dengan harapan dia akan bangun. Ainul berada dalam dakapannya. Ya, Ainul sudah berhenti bernafas..

“Allahu akhbar! Ainul! Jangan buat ibu macam ni. Bangun, sayang..”

Air matanya mengalir seperti hujan lebat. Dikucup dahi anaknya itu beberapa kali.

“Kenapa akak senyum? Akak tengah tidur kan, ibu?”

Soal Tiya yang sudah bersiap untuk ke sekolah.

“Kak ainul sudah tiada, Tiya.. “

2 Patah perkataan. “Sudah tiada.” Yang membuat hatinya hancur. Tiya terus mendakap Ainul dan ibunya seerat mungkin.

“Kenapa akak pergi dulu? Patutnya Tiya pergi dulu. Siapa nak jaga ibu kalau bukan akak? Tiya kecil lagi, Tiya tak reti. Kasi la Tiya jumpa arwah ayah, arwah nenek dan arwah atuk dulu.. Biar la Tiya tunggu dekat pintu syurga dulu..” Panjang lebar keluhan si cilik ini. Bajunya basah. Basah dengan air mata.

“Assalamualaikum kepada semua pelajar dan guru. Hari ini kita kehilangan seorang pelajar dari kelas 5 Ikhsan………. Ainul Mardhiah Binti Muhammad.”

Bicara cikgu Aina yang disertai dengan tangisan mampu membuat ramai yang sakit jantung!

Semua pelajar saling berpandangan antara satu sama lain. Khabar yang sangat sukar dipercayai.

“Ainul? Biar betul?”

“Oh, Ainul yang cantik tu ke?”

“Ainul yang putih tu ke?”

“Eh, arwah sakit apa?”

Pelbagai soalan yang diutarakan. Suasana menjadi gamat seketika. Zulaika, Balqis, dan Khadijah yang tidak tahu apa-apa tidak mampu berkata-kata. Hanya air mata yang berbicara. Mereka saling berpelukan.

Kenapa cepat sangat kau pergi, Ainul !?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience