BAB 1

Other Completed 1426

Dibelek wajahnya di depan cermin kereta cikgu Zubaidah kemudia divetulkan tudung labuh rona hijau pudina yang dipakainya.

“Cun dah tu, Dijah! “ tegur zulaika sambil duduk di atas bangku berdekatan dengan tempat meletak kereta para guru. Di sebelahnya, Balqis yang sedang lahap memakan roti sosej. Kelihatan ramai pelajar tingkatan empat dan lima sedang berehat pada awal pagi itu. “Tak panas ke pakai tudung labuh?” soal Ainul sebaik sahaja dia menghampiri Khadijah. Khadijah tersenyum tawar. Lalu dia menggeleng-gelengkan kepala.

“Mak kau doktor, ayah kau pensyarah. So, kau bukan keturunan ustaz ustazah, kan?”

Khadijah mengangguk perlahan. Bibirnya menguntum senyuman manis. Lantas dia mengambil roti tuna dari tangan Ainul. “Thank you!” Khadijah hanya mengambil roti tuna yang telah dipesannya. Dia tidak mahu menghabiskan lima minit terakhir waktu rehat dengan tercegat di hadapan kereta cikgu. Ainul yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang telah diberikan oleh Khadijah pula hanya mengikut langkah Khadijah ke arah pondok berdekatan kantin.

“Lamanya kau beli, Ainul. Beli roti ke buat kilang roti?” perli zulaika selamba.

“Ramai orang kot kat kantin. Nah, roti kau.” Roti sardin gulung bertukar tangan. Lalu, Ainul duduk di antara Khadijah dan Balqis. Tajam mata Ainul memandang hujung tudung Khadijah yang labuh itu.

“Kau terduduk atas tudung kau, Dijah.” Khadijah yang sedang menghabiskan sisa makanannya cuba memperbetulkan kedudukan hujung tudungnya. Labuhnya melebihi punggung.

“Panjang sangat tu, Dijah. Tak nak potong ke?” Kuat suara Ainul yang bertanya. Soalan yang agak sensitif itu.

“Takpa lah. Selesa saja.” Khadijah membalasnya dengan senyuman.

“kalau aku kan, sudah lama aku potong.” Sampuk balqis pula. Straw di kotak minumannya di gigit-gigit.

“ish, korang ni! Khadijah nak jadi ustazah untuk tahun terakhir ni. Apa salahnya?” Kata-kata Zulaika yang berunsur perlian dan sokongan positif sedikit sebanyak menguji iman Khadijah. Bahu Khadijah ditepuk-tepuk perlahan. “Pakai tudung senteng lah best. Nampak kurus gitu.” Komen Ainul. Sememangnya tudung Ainul kurang dua inci dari kedudukan bahunya.

“Ceh, Ainul! Kat luar sekolah pun kau freehair. Rambut berkilat macam model syampu rejoice. Haha..” Zulaika menyinggul lengan Ainul.

“Well..” Tudungnya dikibas-kibas.

“Kalau pakai tudung labuh Nampak gemuk la?”

Khadijah yang diam sejak tadi memberanikan diri untuk bersuara. Mereka bertiga mengangguk laju dengan muka yang tidak bersalah.

“Takpa. Gemuk dengan pahala..”

Haha. Mereka ketawa seperti tak ingat dunia. Namun, Khadijah masih mampu tersenyum. Memang, tahun sebelum-sebelum ini tudungnya agak senteng seperti rakan sekolahnya yang lain. Bermula dari kes apabila kesilapan Mak cik Milah yang menjahit tudung sekolahnya tersangat labuh tidak seperti yang disuruhnya. Pada awalnya, dia juga sangat tidak berpuas hati dengan tudungnya yang labuh seperti pelajar sekolah agama.

“Labuhnya, Mak cik!”

“Takpa lah, Dijah. Tudung labuh ni pakaian Islam. Dijah patut bangga dapat memakainya.”

“Tetapi, Dijah bukan pelajar sekolah agama.”

“Dijah, tudung ni bukan untuk pelajar sekolah agama saja. Tetapi untuk semua perempuan yang beragama.”

Deep. Sudah lima bulan perkara itu berlaku. Tetapi kata-kata Mak cik Milah masih tergiang-giang di gegendang telinganya. Dan kata-kata itulah yang membuatkan dia terus tabah menyarung tudung labuh di kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience